Program Pencegahan dan Rawatan Kaunseling untuk Mengatasi Isu Buli di Sekolah Menengah
List of Authors
  • Wan Nur Syahirah Mohammad Ghazali

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kertas konsep ini membincangkan program pencegahan dan rawatan kaunseling untuk mengatasi isu buli di sekolah menengah. Isu buli di kalangan pelajar sekolah menengah merupakan satu cabaran yang memerlukan tindakan proaktif dan holistik. Oleh itu, program pencegahan dan rawatan kaunseling menjadi sangat penting dalam membendung serta mengurangkan kes buli di kalangan pelajar sekolah menengah. Pencegahan awal yang berfokuskan penyelesaian konflik secara positif akan mencipta persekitaran sekolah yang selamat dan inklusif. Kaunselor akan membantu pelajar dengan memberikan bimbingan dalam mengenal pasti sebab-sebab buli dan cara-cara mengatasi dengan cara sihat dan membina. Pendekatan ini akan membentuk pelajar lebih bertanggungjawab dalam pembinaan persekitaran sekolah yang harmoni dan sejahtera.


Reference
  • No Data Recorded