Integrasi Aktiviti Fizikal Dalam Bilik Darjah Terhadap Kanak-Kanak Tahun Satu
List of Authors
  • Chiam Shin Ying

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Aktiviti fizikal banyak memberi faedah terhadap kesihatan dan pencapaian akademik kanak-kanak. Program integrasi aktiviti fizikal dalam bilik darjah dilaksanakan bagi mengelakkan amalan sedentari serta memupuk keseronokan dan mental kanak-kanak. Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan program integrasi aktiviti fizikal dalam bilik darjah terhadap prestasi pembelajaran kanak-kanak Tahun Satu. Kajian yang berbentuk kuasi eksperimen ini menggunakan alat pedometer, borang soal selidik Feeling scale dan Pentaksiran dalam Bilik Darjah (PBD) sebagai instrumen kajian. Seramai 52 orang murid tahun satu dari dua kelas dipilih sebagai responden kajian ini, iaitu satu sebagai kumpulan kawalan dan satu lagi sebagai kumpulan rawatan. Data dianalisis menggunakan analisis statistik, iaitu ujian t sampel bebas dan ujian khi kuasa dua bagi melihat perbezaan tahap aktiviti fizikal, keseronokan pencapaian akademik antara dua kumpulan. Penemuan menunjukkan tahap aktiviti fizikal dan keseronokan kanak-kanak semasa fasa intervensi adalah lebih tinggi bagi kumpulan intervensi. Pencapaian akademik bagi kumpulan intervensi meningkat secara ketara berbanding dengan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan program integrasi aktiviti fizikal dalam bilik darjah adalah strategi pengajaran yang efektif.


Reference
  • No Data Recorded