Hubungan efikasi kendiri dan kepuasan kerja guru pendidikan khas sekolah rendah di Negeri Melaka
List of Authors
  • Manisah Mohd Ali , Wong Tien Jann

Keyword
  • efikasi kendiri; kepuasan kerja; guru pendidikan khas; Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Abstract
  • Efikasi kendiri guru bermaksud guru yakin pada diri sendirinya dalam keupayaannya untuk memberikan pengajaran yang efektif dan memberi manfaat kepada murid. Kepuasan kerja merupakan perasaan seseorang individu terhadap pekerjaannya. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk menentukan hubungan antara tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas dengan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas sekolah rendah negeri Melaka. Seramai 217 orang guru pendidikan khas di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah rendah negeri Melaka telah dipilih menjadi sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan sisihan piawai dan skor min untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan kepuasan kerja guru manakala korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap efikasi kendiri dan kepuasan kerja guru pendidikan khas di sekolah rendah negeri Melaka adalah tinggi iaitu mencapai nilai skor min 4.10 dan nilai skor min 3.93. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap efikasi kendiri dan tahap kepuasan kerja dengan nilai signifikan p = .000 dan nilai pekali r = 0.468. Guru pendidikan khas dalam kajian ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam melaksanakan amanah mereka sebagai seorang guru pendidikan khas dan mereka berpuas hati dengan status pekerjaan mereka.

Reference
  • 1. Abid, H., Saghir, A., Misbah, M., & Ayesha, B. (2017). Principals' leadership styles and teachers' job satisfaction: A correlation study at secondary school level. Bulletin of Education and Research, 39(3), 45-56.

    2. Amalina Razali, & Azita Ali. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap stres guru pendidikan khas. Online Journal for Tvet Practitioners, 1(1), 1-7.

    3. Aster V. M., Elke, S. & Karine, V. (2020). The relevance of sources of support for teacher's self-efficacy beliefs towards student with special educational needs. European Journal of Special Needs Education, 37(1), 28-42.

    4. Aswaniza Shamsudin & Rosadah Abd Majid. (2018). Efikasi kendiri guru sekolah dalam hospital di Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities, 13(3), 20-28.

    5. Awwad Othman Abdelaziz Ahmed. (2018). EFL teachers’ and students’ approaches in using teaching aids: a case study. Arab World English Journal (AWEJ) Special Issue on CALL Number 4, 109-124.

    6. Bandura, A. (1997). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review, 84(2), 191-215.

    7. Fackler, S., & Malmberg, L. (2016). Teachers’ self-efficacy in 14 OECD countries: Teacher, student group, school and leadership effects. Teaching and Teacher Education, 56, 185-195.

    8. Fatimah binti Afendi. (2014). Tahap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru kolej vokasional: Pendekatan structural equation model. Tesis. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

    9. Florynah Bakar & Salleh Amat. (2022). Efikasi kendiri, sokongan sosial dan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 363-371.

    10. Gee, K., & Gonsier-Gerdin, J. (2018). The first year as teachers assigned to elementary and middle-school special education classrooms. Research and Practice for Persons with Severe Disabilities, 43(2), 94-110.

    11. Ilias, K., Olga, K. & Thomas, K. (2019). Physical education teacher’s job satisfaction and burnout levels in relation to school’s sport facilities. International Journal of Instruction, 12(4), 579-592.

    12. Kasalak, G., & Dağyar, M. (2020). The relationship between teacher self-efficacy and teacher job satisfaction: A meta-analysis of the Teaching and Learning International Survey (TALIS). Educational Sciences: Theory and Practice, 20(3), 16-33.

    13. Kebbi & Al-Hroub. (2018). Stress and coping strategies used by special education and general classroom teachers. International Journal of Special Education, 33(1), 34-61.

    14. Kjercie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

    15. Lin Ling, Mohamad Nizam Nazarudin & Zakiah Noordin. (2019). Kepuasan kerja dan efikasi guru tingkatan enam di pantai barat Sabah. International Journal of Education Psychology and Counseling, 4, 51-66.

    16. Mok Soon Sang. (2006). Ilmu Pendidikan untuk KPI Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2 (Psikologi Pendidikan & Pedagogi) Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    17. Norsimah Dasan & Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi. (2020). Hubungan efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja dalam kalangan guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4), 173-187.

    18. Okeke, C. I., & Mtyuda, P. N. (2017). Teacher job dissatisfaction: Implications for teacher sustainability and social transformation. Journal of Teacher Education for Sustainability, 19(1), 54-68.

    19. Robert, M. K. & Ming Ming Chiu. (2011). The occupational commitment and intention to quit of practicing and pre-service teachers: Influence of self-efficacy, job stress, and teaching context. Contemporary Educational Psychology, 36, 114-129.

    20. Schwab, S. (2019). Teacher's student-specific self-efficacy in relation to teacher and student variables. Educational Psychology, 39(1), 4-18.

    21. Siti Muhibah binti Hj Nor & Zetty Nurzuliana Rashed. (2018). Peranan dan cabaran guru-guru pendidikan khas membentuk kemenjadian murid-murid masalah pendengaran dalam abad ke 21. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 1(1), 1-8.

    22. Torpova Anna, M. E. (2021). Teacher job satisfaction: the importance of school working conditions and teacher characteristics. Educational Review, 73(1), 71-97.

    23. Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Mistima Maat. (2020). Hubungan antara motivasi dengan pencapaian Matematik dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 10(1), 39-48.

    24. Windy Anjilus & Roslee Talip. (2018). Pengaruh iklim organisasi terhadap kepuasan kerja guru akademik di pusat tingkatan enam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(4), 35-49.

    25. Zaffar, A. N. (2018). Comparative study on job satisfaction of J&K bank employees. North Asian International Research Journal of Social Science & Humanities, 4(1), 281-293.

    26. Zamri Mahamod, Rohaida Mazalan, Norziah Amin & Mohd Zaki Abd Rahman. (2021). Tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid-murid B40 dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 40-62.

    27. Zee, M., & Koomen, H. (2016). Teacher self-efficacy and its effects on classroom processes, student academic adjustment, and teacher well-being: a synthesis of 40 years of research. Rev. Educ. Res, 86, 981-1015.

    28. Mohd Uzir bin Zubir, Rohaidah Kamaruddin & Sharil Nizam Sha’ri. (2018). Motivasi dan sikap terhadap pembelajaran Bahasa Melayu murid Tingkatan Satu (Junior One Loyalty), Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Jurnal Kesidang, 3, 82-91.

    29. Zuhairah Muhammad & Zamri Mahamod. (2010). Masalah guru-guru pendidikan khas di sekolah: Satu tinjauan. Proceeding First Annual Inclusive Education Practice Conference. Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universitas Pendidikan Indonesia Bandung.