Abstrak: Dunia Pendidikan pada hari ini telah melalui satu fasa perubahan yang drastik dari sudut pengajaran dan pembelajaran yang menuntut pendidik menjadi seorang yang professional serta bersiap sedia dengan pelbagai pengetahuan dan pedagogi yang efektif. Perubahan sistem pendidikan yang berlaku ini menuntut semua guru bertindak secara proaktif dalam menyesuaikan diri bagi mendepani era pengajaran dan pembelajaran norma baharu bagi memastikan agenda pembangunan modal insan melalui sistem pendidikan berterusan untuk membina warga yang berpengetahuan dan proses pembelajaran terus efisien ekoran pendemik yang melanda. Amalan pembelajaran secara teradun adalah salah satu pendekatan efektif yang boleh dipraktikkan oleh seorang guru bagi memastikan proses penyampaian pembelajaran menjadi menarik dan berkesan iaitu dengan menggabungkan kaedah pengajaran konvensional dan kaedah yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasii (TMK). Kertas konsep ini akan membincangkan tentang pengetahuan guru terhadap pembelajaran teradun menggunakan teori dan model yang berkaitan. Amalan guru-guru dalam mempraktikkan pembelajaran teradun dalam PdP dan seterusnya menyesuaikannya dalam PdPR menggunakan pelbagai pendekatan elektronik dan pedagogi yang paling sesuai yang mampu menarik minat murid untuk belajar dengan cara norma baharu. Selain itu, aspek-aspek penting yang perlu dipraktikkan dalam melaksanakan pendekatan amalan pembelajaran teradun meliputi (1) kemahiran teknologi (2) kemahiran pedagogi (3) keinovatifan guru (4) dan efikasi kendiri guru juga dihuraikan berpandukan kajian-kajian lepas. Aspek berkaitan kelebihan pembelajaran teradun pula melibatkan penekanan unsur-unsur KBAT dan PAK21 yang merangkumi penerapan unsur-unsur pembelajaran kritis dan kreatif turut diterangkan dengan terpeinci yang mana ianya diyakini mampu meningkatkan kualiti pembelajaran seterusnya menjadikan sistem Pendidikan negara setaraf dengan sistem Pendidikan negara-negara maju.
Kata kunci: pembelajaran teradun, norma baharu, pedagogi, TMK
Abstract: Education world today has gone through a drastic change in the perspective of teaching and learning that requires an educator to be more professional as well as to be ready with variety of effective knowledge and pedagogy. Due to the pandemic outbreak, this change in the educational system requires all teachers to be proactive and to adapt themselves in facing the new norm of teaching and learning. This is to ensure the agenda of building the holistic and knowledgeable individuals through an on-going learning process will be efficient. Blended-learning is one of the effective ways that can be practised by a teacher in making sure an interesting learning process whereby it is a combination of both conventional and Information Communication Technology (ICT). This concept paper is going to discuss about the teacher’s knowledge on blended-learning using the related theories. Suitable approaches in practising blended-learning through teaching and learning could attract the students’ interest to learn in a new norm. Other than that, the important aspects that need to be practised in implementing blended-learning consist of (1) technology skills (2) pedagogy skills (3) innovative teachers (4) teachers’ self-efficacy based on the previous studies. The advantages of blended-learning involve in emphasizing HOTS and 21st Century Learning which covers the critical and creative learning. It will be explained further which it could improve the learning quality as well as making the national education system is equivalent to the education system of developed countries.
Keywords: blended-learning, new norm, pedagogy, ICT