Perubahan akal budi politik melayu daripada feudalisme ke liberalisasi
List of Authors
Junaidi Awang Besar , Noor Aziah Mohd Awal
Keyword
Akal budi, feudalisme, liberalisasi, pemikiran politik, globalisasi
Abstract
Kajian ini bertitik tolak daripada tesis tentang konflik yang melanda masyarakat Melayu hari ini
apabila warisan sosioekonomi dan politik Melayu tulen yang diwarisi sejak zaman kolonial telah
berubah dan berlaku kecairan semasa melalui proses globalisasi. Fenomena tersebut memberikan
ruang untuk mengkaji status perubahan pemikiran politik Melayu dari politik feudalisme
hinggalah ke politik liberalisasi/era globalisasi. Justeru, adalah menjadi hasrat penulisan artikel
ini untuk mengkaji aspek-aspek perubahan tersebut. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan
data soal selidik terhadap 1,200 responden bangsa Melayu di 4 zon iaitu Kelantan (Zon Timur),
Pulau Pinang (Zon Utara), Selangor (Zon Barat/Tengah) dan Johor (Zon Selatan) dan kajian
sekunder terhadap bahan-bahan akademik yang berkenaan. Hasil kajian mendapati majoriti
responden menyatakan „politik‟ penting kepada kehidupan mereka kerana politik akan
menentukan halatuju dan kuasa perjuangan agama, bangsa dan negara. Namun demikian,
majoriti responden menyatakan „politik baru‟ iaitu politik nilai seperti ketelusan, keadilan dan
integriti lebih sesuai diterapkan dalam budaya politik di negara ini berbanding „politik lama‟ dan
ketelusan dalam berpolitik mencerminkan budaya politik yang matang dan rasional. Seterusnya
66.5 peratus responden menyatakan sumber media baru membentuk pemikiran dan tingkahlaku
politik mereka. Justeru, Orang Melayu mesti bersatu tanpa mengira fahaman politik dan
sentimen untuk memastikan kuasa politik Melayu terus kekal di negara ini.