Penggunaan Social Story Dalam Intervensi Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak Autisme Kefungsian Rendah
List of Authors
  • Chow Mui Kuin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Social story telah digunakan dengan meluas sebagai pendekatan dalam intervensi untuk kanak-kanak yang autisme yang mengalami masalah tingkah laku. Kanak-kanak autisme yang mengalami ketidakupayaan untuk berkomunikasi dan berinteraksi sosial dengan orang lain cenderung menunjukkan masalah tingkah laku. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan social story sebagai intervensi untuk mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak autisme kefungsian rendah. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Sampel kajian melibatkan tiga orang kanak-kanak autisme yang berumur 7 hingga 12 tahun dari sebuah pusat pembelajaran swasta untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Kuala Lumpur. Pengumpulan data dilakukan secara pemerhatian dan kekerapan masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme kefungsian rendah direkodkan dalam borang pemerhatian. Data yang diperolehi melalui pemerhatian dikumpulkan dan dibandingkan untuk melihat perbezaan kekerapan masalah tingkah laku kanak-kanak autisme kefungsian rendah sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi social story dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan intervensi social story memberi kesan yang positif terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak autisme kefungsian rendah. Kekerapan masalah tingkah laku pada ketiga-tiga kanak-kanak tersebut menunjukkan pengurangan setelah intervensi social story dilaksanakan. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan kaedah social story dalam intervensi dapat mengubahsuai masalah tingkah laku pada kanak-kanak autisme. Terdapat perbezaan yang ketara pada kekerapan masalah tingkah laku kanak-kanak autisme kefungsian rendah sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi social story. Oleh hal yang demikian, social story merupakan intervensi yang sesuai untuk mengubahsuai masalah tingkah laku pada kanak-kanak autisme kefungsian rendah.


Reference
  • No Data Recorded