Faktor dorongan penglibatan belia dalam keusahawanan di daerah Kota Tinggi, Johor
List of Authors
  • Fatin Umaira Muhamad Azian , Shahrien Aina Najwa Said

Keyword
  • Faktor dorongan, belia, keusahawanan, Johor, pasca covid

Abstract
  • Penglibatan belia dalam keusahawanan merupakan salah satu aspek yang amat ditekankan kerajaan bermula pada Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) lagi. Namun begitu, penularan Covid-19 yang berlaku telah meningkatkan kadar pengangguran belia di Malaysia. Oleh itu, antara bidang pekerjaan yang dilihat berpotensi membantu belia semasa pasca Covid-19 adalah melalui keusahawanan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis aktiviti keusahawanan belia di Daerah Kota Tinggi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong belia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Persampelan bertujuan yang merujuk kepada teknik persampelan bukan kebarangkalian digunakan dan data diperoleh melalui borang soal selidik. Seramai 382 orang usahawan yang terdiri daripada golongn belia telah menjawab borang soal selidik tersebut. Seterusnya, data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil penemuan kajian menunjukkan bahawa jenis aktiviti keusahawanan makanan adalah lebih ramai berbanding jenis aktiviti keusahawanan lainnya. Penemuan kajian turut mendapati, majoriti usahawan bersetuju bahawa faktor individu dan faktor persekitaran telah mendorong mereka melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kajian ini memberi gambaran positif kepada pihak kepentingan di Negeri Johor, terutamanya di Daerah Kota Tinggi untuk sentiasa menggalakkan usahawan berdaya saing dalam menjalani aktiviti keusahawanan.

Reference
  • 1. Amalina, A. I. & Halimah, H. (2006). Pendorong motivasi usahawan bumiputera. Kertas Kerja Seminar Serantau Ke-8 2017. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    2. Bond, T. G. & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch model fundamental measurement in the human sciences. Edisi Ke-3. Routledge & T. & F. Group, Eds.
    3. Douglas, E. J. & Dean, A. S. (2002). Self-Employment as a career choice: attitudes, entrepreneurial intentions, and utility maximization. Entrepreneurship Theory and Practice, 26(3), 81–90.
    4. Muhamad Fadir, I. (2012). Cabaran golongan belia menceburi bidang keusahawanan kajian kes: Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
    5. Hill, R. (1998). What sample size is ‘enough’ in internet survey research? Interpersonal computing and technology. An electronic Journal for the 21st Century, 6, 1-12.
    6. Isma, A. & Mohamad, Z. (2011). Pembangunan modal insan dalam kalangan fakir dan miskin sebagai usahawan : kajian kes di Lembaga Zakat Selangor. Journal of Human Capital Development, 4(2), 41–56.
    7. Jabatan Perangkaan Malaysia (2021, 8 April). Statistik utama tenaga buruh di Malaysia. https://jtksm.mohr.gov.my/sites/default/files/2024-01/eBook%20iStatistik%20bil%203%20_2022.pdf
    8. Junaidi, A. B., Mohd, F. M. J., Yahaya, I. Abdul Halim. S., Jeniri, A., Rosmadi, F. & Novel, L. (2012). Persepsi politik pengundi belia melayu pasca plihan raya umum (PRU) 2008 di Malaysia. Jurnal Melayu, 9, 91–214.
    9. Khairil, A. M. A & Zubir, S. (2020, April 9). Peluang kenalpasti perniagaan berpotensi pasca Covid-19. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/78213/berita/nasional/peluang-kenal-pasti-perniagaan-berpotensi-pasca-covid-19
    10. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610
    11. Maisarah, C. A. & Sarmila, M. S. (2017). Belia dan keusahawanan tani : kajian faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan belia sebagai usahawan tani di Pasir Puteh, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1).
    12. Mohd Fauzi, F. (2020, August 21). Merungkai kembali isu had umur belia di Malaysia. Majlis Belia Malaysia.
    13. https://belia.org.my/wp/2020/08/21/merungkai-kembali-isu-had-umur-belia-di-malaysia/.
    14. Mohd, H. (2007). Faktor-faktor yang telah mendorong graduan dan alumni Universiti Teknologi Malaysia menceburi bidang keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia.
    15. Mohd Nasir, R. & NuruL Huda, M. (2022). Keusahawanan menurut perspektif Al-Quran. Universiti Teknologi Malaysia.
    16. Mohhairil, I., Aizan S. A. & Nur Saadah M. A. (2021). Sokongan psikologi dalam perniagaan kepada usahawan belia kurang upaya fizikal. Jurnal Psikologi Malaysia, 35(1), 74-86.
    17. Muhammad Zulhafizi M. Y., Zurinah, T., Jalaluddin A. M & Ali, S. (2020). Cabaran usahawan muda dalam perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia. Malaysia Journal of Social Science and Humanities, 5 (12), 355-366.
    18. Nizam, Y. (2021, January 19). Pengangguran belia membimbangkan. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/pengangguran-belia-membimbangkan/
    19. Nor Aini, I. & Nur Afiyas, D. (2014). Aktiviti hiliran di kawasan FELDA : analisis faktor pendorong penglibatan wanita dalam aktiviti perniagaan. Prosiding PERKEM ke-9, 467-476.
    20. Nor Suhaily, B., Muhammad Shahreza, S., Nur Suriana, A., Shuhaimi, J. & Suhaila, N. (2016). Kajian faktor penglibatan belia dalam bidang keusawanan. Proceeding of the 3rd International Conference Management & Muamalah 2016, 172–181.
    21. Nurulhayah, M., Wan Nur, S. W. M. F. & Rohailin, Z. (2018). Kesediaan golongan belia dalam bidang perniagaan atas talian di pantai dalam, kuala lumpur. Journal of Business Innovation, 3(2), 52–60.
    22. Nurzulaikha, A. & Noor Aslinda., A. S. (2021). Hubungan antara faktor sokongan pendidikan dan minat pelajar dalam bidang keusahawanan. Research in Management of Technology and Business, 2(1), 1498–1508.
    23. Rohana, T. & Norhasni. (2014). Akidah, akhlak dan hubungannya dengan tingkah laku belia di institusi pengajian tinggi. Jurnal Ilmu Pendidikan dan Pengajaran, 1(1), 64-79
    24. Safiah, S., Siti Slida, Rozita, A., Asmah, L., Alias, A. & Zainal, A. (2016). Penyertaan belia dalam pembuatan keputusan melahirkan kemahiran kepimpinan. Proceeding of The International Conference on Government & Public Affairs 2016, 1-7.
    25. Shamsiah, M. N., & Nor’Azah, A. S. (2014). Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru pelatih. Jurnal Personalia Pelajar, 17, 1–8.
    26. Thuaibah@Suaibah, A. B., Azlah, M. A., Rozeyta, O., Hishamuddin, M. S & Syaharizatul, N. M. (2007). Penglibatan kaum wanita dalam aktiviti keusahawanan di negeri Johor : kajian terhadap faktor-faktor kritikal kejayaan dan kegagalan pengendalian perniagaan. Universiti Teknologi Malaysia.
    27. Tuan, P. & Lilah, Y. (2016). Belia dan pembudayaan semangat sukarelawan di Malaysia: suatu pemerhatian konseptual. Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 161- 172.
    28. United Nations. (2014, January). Definition of youth. https://www.un.org/esa/socdev/documents/youth/fact-sheets/youth-definition.pdf
    29. Wan, M., Ibrahim, M. & Nor, H. (2018). Hubungan antara faktor peramal dan kecenderungan kerjaya keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga. Akademika, 88(3),19–31.