Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam kursus digital electronics
List of Authors
  • Nuur Maisya Mazni

Keyword
  • Pencapaian Pelajar, Faktor-Faktor, Sikap, Minat, Pengajaran dan Pembelajaran

Abstract
  • Pencapaian akademik pelajar yang cemerlang memberikan gambaran terhadap kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik. Tahap pencapaian ini berasaskan kepada gred yang diperolehi pelajar daripada hasil penilaian dan peperiksaan. Institusi Pendidikan Tinggi amat menitik beratkan tahap pencapaian prestasi akademik pelajarnya, namun masih mendepani cabaran masalah kemerosotan pencapaian akademik. Berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam kursus Digital Electronics dari aspek sikap, minat dan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pensyarah. Kursus Digital Electronics ini merupakan kursus asas bagi pelajar bidang kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di mana ia memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teori asas dan aplikasi sistem digital. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Manakala, instrumen kajian yang digunakan dalam bentuk soal selidik menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Seramai 55 orang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Elekrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kesemua analisis data diperlolehi melalui perisian SPSS bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min purata keseluruhan bagi faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar adalah pada tahap tinggi iaitu 4.51. Sehubungan dengan itu, wujudnya hubungan korelasi antara faktor sikap dengan pencapaian akademik pelajar (r=0.279, p<0.05) dan didapati adanya hubungan yang signifikan di antara ketiga-tiga faktor. Ini menunjukkan kesemua faktor-faktor mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Manakala melalui ujian-t, terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap gred pencapaian pelajar (t=-5.123, p<0.05). Skor min bagi pencapaian gred pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat memberi panduan dan gambaran yang lebih jelas kepada institusi, pensyarah mahupun pelajar itu sendiri bagi tujuan penambahbaikan dalam mempertingkat kecemerlangan akademik pelajar.

Reference
  • 1. Nor Erma Abu, & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matametik tambahan tingkatan 4. JuKu:Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1-10.

    2. Muhamad Shafiq & Noraini. (2018). Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Jurnal Sains Sosial, 7, 77-87. https://kuim.edu.my/journal%20/index.php/ JSS/article/view/466

    3. Hanifah Mahat, Paulin Chang Poh Ling, Nasir Nayan, Mohmadisa Hashim & Yazid Saleh. (2017). Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Geografi Sekolah Menengah di Sabah. Jurnal Sains Humanika, 9(2),1-7. https://www.researchgate.net/publication /317785360_Pencapaian_Pelajar_dalam_Mata_Pelajaran_Geografi_Sekolah_Menengah_di_Sabah_-_Analisis_Awal

    4. Noraini Idris. (2019). Experts: Fewer STEM students will affect nation’s talent pool. The Star Online. Diperolehi daripada https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/18/ experts-fewer-stem- students-will affect-nationstalent-pool

    5. Halimatus Saadiah Kariya. (2020). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 9-18. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

    6. Hartati Maskur, Roshila Abdul Mutalib & Norazlina Abdullah. (2020). Hubungan Sikap Pelajar dan Pengajaran Pensyarah Terhadap Pencapaian Kursus Pengaturcaraan di kalangan Pelajar Politeknik. Proceeding International Multidisciplinary Conference (IMC 2020)

    7. Siti Hasmiza Hassan & Siti Fatimah Md Azali. (2018). Hubungan faktor sikap, minat, kaedahpembelajaran, persekitaran dan pengajaran pensyarah terhadap pencapaian pelajar kursusPrinsip Pemasaran (DPM1013) di Polimas. Journal on Technical and Vocational Education, 3.

    8. Mohd Nihra Haruzuan Mohd Said & Chandrathevy Kuppusamy. (2010). Hubungan Sikap (Komitmen, Emosi, Berwawasan) DenganPencapaian Akademik Pelajar PKPG (SPT, SPN, SPH)Tahun Akhir Di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Journal of Educational Psychology & Counseling, 6, 74-91.

    9. Jarrio, M. M. (2014). Attendance in Introductory Physics Courses. Dipetik pada Jan, 5, 2016 http://people.physics.gatech.edu/~courses/2014/Fall/2211/ABC/main/Announcements/attendance/data_ att.html

    10. Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2013). Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia -Social and Behavioral Sciences, 134, 408–415.

    11. Mohd Erfy Ismail et al. (2019). Factors that Influence Students’ Learning: An observation on Vocational College students. Journal of Technical Education and Training, 11(1), 93-99. https://doi.org/10.30880/jtet.2019.11.01.12

    12. Julaila Sapari & Abdul Halim Abdullah. (2019). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Kursus Matematik Kejuruteraan 1 Dalam Kalangan Pelajar Politeknik di Johor. Jurnal Sains Sosial 209-224. https://www.researchgate.net/publication/330934201

    13. Lastri, Sri Kartikowati & Sumarno. (2020). Factors that Influence Student Learning Achievement. Journal of Educational Sciences, 4(3), 679-693. https://www.researchgate.net/ publication/343192741_Analysis_of_Factors_that_Influence_Student_Learning_Achievement

    14. Siti Hawa Mohd Nawawi. (2005). Perbandingan Pencapaian dan Sikap Pelajar dengan Tahap Pengetahuan Sedia Ada dalam Kajian Rekaan Seni Visual. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    15. Cik Siti Nor Suhaila Che Amat, Saharil Azlan Sahidun & Nurul Syahida Ahmad Hazmi. (2021). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Kolej Komuniti Kuantan dalam Kursus SSM 1022 – Matematik. e-Proceeding 5th Polytechnic and Community College Research of Intellectual Seminar ISBN 978-967-2883-00-5.

    16. Nur Ahda Awallul Azmi & Murtadha Rafaai. (2019). Perbandingan Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Matematik Kejuruteraan 3 (DBM3013). e-Proceeding Borneo National Conference 2019, 122-128.

    17. Balaram Duwal & Lalita Khonju. (2020). Factors Affecting Students’ Academic Performance: The Case Of Students At Community Colleges In Bhaktapur District. International Research Journal of Management Science, 5(1), 23-38.

    18. Annierah Maulana Usop, Kamarulzaman Askandar, Maeda Langguyuan & Datu Amir Sajid Onotan Usop, (2013). Work Performance and Job Satisfaction Among Teachers.International Journal of Humanities and Social Science, 3(5).

    19. Azhari Mariani & Zaleha Ismail. (2013). Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke Atas Amalan Pengajaran Kreatif. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education. Universiti teknologi Malaysia, Johor, 181-187.

    20. McGlynn-Stewart, M. (2010). Listening to Students, Listening to Myself: Addressing pre-service teachers’ fears of mathematics and teaching mathematics. Studying Teacher Education, 6(2), 175–186.

    21. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychology Measurement, 30, 607-610.

    22. Zaidi N.F & Lee M. F. (2021). Pembangunan Kerangka Persampelan: Kajian Tinjauan Kesihatan Mental Wanita Bekerja di Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 28-34. https://doi.org/10.30880/ojtp.2021.06.02.004

    23. Surya Adliza Abdul Kadir & Ying-Leh Ling. (2021). Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Institusi Pendidikan Teknikal. International Journal of Education and Pedagogye, 3(1), 22-41, 20. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

    24. Babbie, E. (2010). The Practices of social research. (ed. ke-12). California: Wardsworth Publishing.

    25. Riduwan. (2013). Belajar Mudah Penelitian. Bandung: Alfabeta.

    26. Chua, Y. P. (2020). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill Education. Kuala Lumpur.

    27. Ghazali Darusalam & Sufian Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    28. Florence Adeoti Yusuf, Ayoade Ejiwale Okanlawon & Taiwo Rukayat Oladayo. (2020). Investigation into Factors Affecting Students’ Academic Performance in Tertiary Institutions as Expressed by Undergraduates. Journal of Education in Black Sea Region, 5 (2), 62-75. Doi: 10.31578/jebs.v5i2.200.

    29. Munirah Abdul Hadi & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2021). Kertas Konsep: Pengaruh Elemen Pembelajaran Koperatif Terhadap Perubahan Sikap Murid Di Sekolah. 4th International Conference on Business Studies and Education (Icbe), 3-9.

    30. Doreen Ting Jia Chzin & Shahlan Surat. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik : Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 137-157. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1210

    31. Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Mohd Khalid Mohamad Nasir. (2016). Perbandingan Penggunaan Telefon Pintar untuk Tujuan Umum dan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar. International Conference on Education and Regional Development 2016.