Kajian faktor sosioekonomi dalam meningkatkan nilai komersial tanaman sawit dan pembangunan FELDA
List of Authors
  • Nurfarah Izzatul Syahila Rahim , Zurinah Tahir

Keyword
  • Felda, pembangunan, nilai komersial, sosioekonomi, tanaman sawit

Abstract
  • FELDA merupakan singkatan bagi Federal Land Development Authority yang ditubuhkan bagi tujuan pembangunan tanah dan penempatan semula masyarakat luar bandar. Selain itu, FELDA juga memainkan peranan untuk membangunkan tanah berteraskan pertanian yang produktif dan berkualiti serta membangunkan petempatan penduduk luar bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Penubuhan FELDA telah membuahkan hasil yang sangat memberansangkan kepada pembangunan luar bandar dengan kejayaannya memiliki tanah perladangan yang luas, mempertingkatkan pembangunan luar bandar beserta taraf hidup masyarakat. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa isu yang timbul yang akan menjejaskan prestasi FELDA. Hal ini dimana felda menghadapi isu seperti model tanam semula yang tidak lestari, kehilangan tanah, pendapatan dan dividen tidak seperti yang diharapkan, kejatuhan harga sawit, peluang pekerjaan perumahan generasi kedua, dan aktiviti ekonomi yang terhad. Sehubungan dengan itu, objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor-faktor sosioekonomi dalam peningkatan nilai komersial FELDA dan cadangan usaha membangunkan FELDA yang lestari. Kajian ini dilaksanakan di kawasan Felda Soeharto yang berbentuk kuantitatif yang menggunakan pendekatan kaedah tinjauan. Seramai 185 responden yang terlibat dalam kajian ini. Seterusnya, data yang didapati akan dianalisis ke dalam bentuk kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar responden bersetuju dengan faktor-faktor sosioekonomi yang dinyatakan yang perlu diambil berat dalam meningkatkan nilai komersial felda. Kajian juga menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan kesemua cadangan yang dinyatakan sebagai langkah menjadikan felda lebih lestari. Cadangan tersebut boleh dirujuk atau diaplikasikan oleh pihak FELDA dalam merealisasikan FELDA yang lestari. Kesannya, FELDA dapat memacu ke arah kemajuan, di samping mendukung matlamat mereka untuk membangunkan kawasan luar bandar.

Reference
  • 1. Ab Rahman, A., Sukari, A., Abd Shakor, M. F., Syed Shamsuddin, S. S., & Mohd Yusof, Z. A. (2023). Analisis literatur sistematik terhadap penentuan agihan bantuan kemiskinan kepada golongan B40 di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 28(2), 70–86. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no2.525
    2. Ali, N. I. M., Ibrahim, N. I., Aiyub, K., & Kasavan, S. (2020). Pelaksanaan amalan pertanian baik (GAP) dalam kalangan pesawah padi di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor, Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 16(3), 247-262. http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306
    3. Hussin, F., Abdullah, H., Che Mat, S. H. (2012). Peranan KESEDAR dalam pembangunan tanah di Daerah Gua Musang: Isu dan pencapaian tahap sosioekonomi peneroka. Dalam Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII), 4-6 June 2012, Ipoh, Perak.
    4. Gomiero, T. (2018). Large-scale biofuels production: A possible threat to soil conservation and environmental services. Applied Soil Ecology, 123, 729-736. https://doi.org/10.1016/j.apsoil.2017.09.028
    5. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
    6. Milanie, F., Aryza, S., Sitepu, S. A., & Syahfitri, E. S. (2022). Pengembangan kawasan objek wisata dalam mempercepat pengembangan ekonomi desa bagi pemula. Penerbit Tahta Media. https://tahtamedia.co.id/index.php/issj/article/view/134
    7. Ali, N., Zakaria, N., & Abdullah, M. A. (2010). Pembangunan pendidikan dan kelestarian. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5(1), 82-93. https://journalarticle.ukm.my/791/1/ebangi.pdf
    8. Ranisha K., Kumari, S., & Dwivedi, U. (2024). Human development model based on yogic wisdom for well-being and self-actualization: A conceptual framework. Journal of Human Values. https://doi.org/10.1177/09716858231210598
    9. Rochma, Z., & Indriya, H. A. F. (2023). Analisis strategi co-working dalam peningkatan penjualan. Jurnal Maha Siswa Manajemen, 3(22), 231-246. http://dx.doi.org/10.30587/mahasiswamanajemen.v3i02.1859
    10. Saad, S., Ganai, M. F., Ramli, Z., & Lyndon, N. (2023). Persekitaran kerja yang menyumbang kepada produktiviti buruh lokal di sektor pertanian kelapa sawit. International Journal of Social Science Research, 5(1), 24-37. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr
    11. Shafii, H., Yassin, A. M., & Masram, H. (2023). Cabaran dan dilema habitat manusia di bandar: Penerapan konsep daya huni (livability) dan pembangunan lestari untuk kesejahteraan hidup. Journal of Social Transformation and Regional Development, 5(2), 30-38. https://doi.org/10.30880/jstard.2023.05.02.004
    12. Suhaili, S., & Rahim, F. (2018). Belia generasi kedua Felda (G2F): Kedudukan dan isu sosioekonomi. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 10(3), 41-55. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1791
    13. Tsutsui, M. H., Kobayashi, K., & Miyashita, T. (2018). Temporal trends in arthropod abundances after the transition to organic farming in paddy fields. PLoS One, 13(1), 1-13. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0190946
    14. Walsh, J., & Ty, M. (2011). Cambodian migrants in Thailand: Working conditions and issues. Asian Social Science, 7(7), 23-29. https://doi.org/10.5539/ass.v7n7p23
    15. Wiryawan, B. (2023). Paradigma baru ekonomi keluarga dalam pembangunan hukum ekonomi untuk mewujudkan ketahanan nasional. Jurnal Ilmiah Hukum dan Hak Asasi Manusia, 2(2), 66-79. https://doi.org/10.35912/jihham.v2i2.1671
    16. Zainudin, N. H. M., & Bullare, M. I. (2021). Dimensi, faktor dan strategi kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia Felda. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(7), 54-65. https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1420
    17. Zamzuri, N. H., & Roslan, B. A. (2023). Transkrip temubual bersama Encik Ismail bin Abu Bakar Ketua Kampung Tenang: mengenai pengalaman beliau di Kampung Tenang dan Felda Tenang Segamat. Oral History Report. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82635/