Peranan Mahathir dalam mencorakkan hala tuju Malaysia terhadap komanwel
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar , Mohd Afendi Daud

Keyword
  • Komanwel, ekonomi, hubungan bilateral, aspek pertahanan, negara dunia ketiga

Abstract
  • Artikel ini mengupas sejarah Komanwel dan seterusnya menganalisis pandangan Dr. Mahathir terhadap Komanwel. Pada mulanya Dr. Mahathir berpandangan bahawa Komanwel tidak dapat membantu Malaysia dan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berfungsi dan dikuasai oleh Negara-negara Maju terutama Britain. Oleh itu, Dr. Mahathir telah meletakkan kepentingan Komanwel di tempat yang keempat. Ketidakhadiran beliau dalam persidangan Komanwel yang berlangsung di Melbourne, Australia pada tahun 1981 telah menyebabkan timbulnya hubungan yang kurang baik dengan pihak Australia. Pihak Australia tidak berpuas hati dengan mengkritik sikap beliau. Beliau juga turut tidak hadir di persidangan Komanwel pada tahun 1983 di New Delhi, India. Pada mulanya beliau mengambil keputusan tidak mahu menghadirkan diri di Persidangan Komanwel 1985 di Nassau Bahamas tetapi bersetuju untuk menghadirkan diri setelah beliau diminta oleh Setiausaha Agung Komanwel. Selepas di persidangan Komanwel 1985 ini telah mengubah pandangan Dr. Mahathir terhadap kepentingan dan peranan yang boleh dilakukan terhadap Komanwel. Artikel ini melihat kepentingan Komanwel terhadap Malaysia yang pada mulanya adalah penting terutama dalam aspek pertahanan. Zaman berubah dan kepentingan terhadap aspek ekonomi lebih diberi tumpuan terutama dalam menjalin hubungan bilateral antara negara anggota Komanwel. Mahathir telah berjaya meletakkan nama Malaysia melalui Komanwel kepada dunia terutama kepada Negara Dunia Ketiga.

Reference
  • 1. Abdullah Ahmad (1985) Tengku Abdul Rahman and Malaysia’s foreign policy, 1963-1970, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.
    2. Ahmad Atory Hussain (1995) Politik dan dasar awam Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Amanat Presiden: Demi agama, bangsa dan negara: 1981-2003, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
    3. Berita Harian, 11 September, 1982.
    4. Berita Harian, 19 Jun, 1989.
    5. Berita Harian, 21 Julai, 1987.
    6. Berita Harian, 4 September, 1989.
    7. Berita Harian, 7 November, 1989.
    8. Chandran Jeshurun. 2005. Malaysia: Fifty years of diplomacy, 1957-2007, Singapore: Talisman Publishing Pte Ltd. Dewan Masyarakat, Oktober 1989.
    9. Foreign Affairs Malaysia, 1981, Vol.14.
    10. Foreign Affairs Malaysia, June 1985, Vol. 18, No. 2.
    11. Foreign Affairs Malaysia, September 1987, Vol. 20, No. 3.
    12. Foreign Affairs Malaysia, September, 1989, Vol. 22, No. 3.
    13. ForeignAffairs Malaysia, December 1985, Vol. 18, No. 4.
    14. Hambali Abdul Latif. 2001. Dr. Mahathir: Amanah dan visi (Presiden UMNO 20 tahun), Batu Caves: Penerbit Wadah Karya. ISIS Focus, No. 56, November 1989.
    15. Jejak seorang pemimpin: Sejarah lisan Tun Dr. Mahathir Mohamad, (2014) Petaling Jaya: MPH Publishing.
    16. Jomo K. S. (2010) Warisan ekonomi Mahathir, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
    17. Malaysia and the Commonwealth CHOGM 1989, (1990) Kuala Lumpur: Economic Research Associates. Malaysian Business, November 1-15, 1989.
    18. Murugesu Pathmanathan and David Lazarus (1984) Winds of change: The Mahathir impact on Malaysia’s foreign policy, Kuala Lumpur: Eastern Productions Sdn Bhd. New Straits Times, 16 October, 1981.
    19. New Straits Times, 16 September, 1981.
    20. New Straits Times, 17 October, 1989.
    21. New Straits Times, 17 September, 1981.
    22. Ottowa Citizen, Sep. 30, 1986.
    23. Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen 7, Penggal 1, Jilid 1, Bil. 44, 8 Disember, 1986.
    24. Roy Anthony Rogers (2006) Malaysia, „Komanwel dan pengurusan isu-isu antarabangsa‟, dalam Ruhanas Harun (edited), Malaysia’s foreign relations: Issues and challenges, Kuala Lumpur: University Malaya Press. The Glasgow Herald, 6 April, 1985.
    25. The Star, 15 May, 1985. The Sydney Morning Herald, 17 Sep. 1981. The Sydney Morning Herald, 28 Sep. 1981.
    26. Tunku Abdul Rahman (1983) Something to remember, Singapore: Eastern University Press Sdn Bhd. Ucapan di Seminar Pelaburan yang dianjurkan oleh Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) di London pada 22 Julai 1987.
    27. Utusan Malaysia, 13 Mac, 1990.
    28. Utusan Malaysia, 14 Oktober, 1989
    29. Utusan Malaysia, 17 Oktober, 1985
    30. Wan Mohd Mahyiddin dan Nik Mustaffa Yusof (1997) Amanat Presiden: Landasan bagi pembinaan bangsa dan negara, Jilid II, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.