Faktor sokongan pengundi Kaum Melayu kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15, 2022
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar

Keyword
  • PRU-15, parti politik, parlimen, Melayu, Perikatan Nasional

Abstract
  • Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2022 dilihat berlangsung dalam keadaan tergesa-gesa dan pertikaian orang ramai dan ahli politik terutamanya pihak pembangkang. Namun PRU tersebut tetap diadakan sehingga selesai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Ramai pihak yang menjangkakan bahawa keputusan PRU-15 bakal menghasilkan tiadanya parti politik yang berjaya mendapat majoriti mudah namun BN dijangkakan akan mendapat jumlah kerusi Parlimen yang tertinggi. Namun keputusan PRU-15 menunjukkan bahawa PH mendapat jumlah kerusi Parlimen yang tertinggi, diikuti PN dan kemudiannya BN. PN berjaya mendapat sokongan daripada pengundi Melayu tertinggi, diikuti BN, PH dan yang terakhir GTA. Justeru, artikel ini membincangkan mengenai faktor sokongan pengundi etnik Melayu terhadap Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2022. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kepada maklumat sekunder iaitu penulisan jurnal, bahan seminar dan buku akademik yang berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa antara faktor sokongan pengundi Melayu terhadap PN adalah kepimpinan PN (PAS dan BERSATU) yang dilihat bersih dan lain-lain. Justeru, faktor sokongan tersebut perlu dijadikan iktibar seterusnya gerak kerja politik susulan bagi menawan sokongan pengundi Melayu yang secara keseluruhannya masih mendominasi politik pilihan raya di negara ini.

Reference
  • 1. Agenda Massa. (2022). Dari PRU-14 ke PRU-15. Enigma Fikir Sdn. Bhd.
    2. Junaidi, A. B. (2022a, November 9). Mahu Pengundi Pilih Calon. GETARAN. https://www.getaran.my/artikel/politik/34743/poster-tok-mat-penuhi-rembau-itu-bukti-bn-mahu-pengundi-pilih-calon.
    3. Junaidi, A. B. (2022b, November 16). INTERACTIVE: In GE15s battle for rural seats, here is what you need to know. The Star Online. https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/11/16/interactive-in-ge15s-battle-for-rural-seats-here-is-what-you-need-to-know.
    4. Junaidi, A. B. (2023a). Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15: Pola sokongan pengundi berdasarkan faktor kewilayahan. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 20(1), 168-180. https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.14
    5. Junaidi, A. B. (2023b). PRU-15: Tiadanya parti politik yang menang majoriti Mudah 112 Kerusi Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 8(31), 97-121. http://dx.doi.org/10.35631/IJLGC.831008
    6. Mohd Azhar, A. H. & Kassim, T. (2022, November 23). Naratif 'kaum dan agama' mampu gugat agenda perpaduan nasional. BHarian Online. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/11/1030277/naratif-kaum-dan-agama-mampu-gugat-agenda-perpaduan-nasional.
    7. Mohd Noor, Y. (2023, February). Perkembangan politik Malaysia Pasca PRU-15. Dewan Masyarakat. Jilid 60.
    8. Muhammad Yusri, M. (2022, November 20). PRU15: Pola undi popular berubah secara signifikan. BHarian Online.
    9. ttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028982/pru15-pola-undi-popular-berubah-secara-signifikan.
    10. Murray, H. (2022a). No one party rule after GE-15. In M. Hunter. & L. Teck Ghee. Malaysia towards GE15 and Beyond. Strategic Information and Research Development Centre.
    11. Murray, H. (2022b). GE15: The coming battle for the Malay Heartland. In L. Teck Ghee & M. Hunter. Dark forces changing Malaysia. Strategic Information and Research Development Centre.
    12. Noordin, Z. (2023). PAS Lencongkan undi anak muda. Dlm Dewan Masyarakat. Bil. 01, 34-35.
    13. Yahaya, I. (2023). Perikatan Nasional menggugat PH BN. Usaha Teguh Sdn. Bhd.