Amalan dan penilaian kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar pascasiswazah melayu muslim
List of Authors
  • Abd Ganing Laengkang , Riduan Makhtar

Keyword
  • Amalan, kesantunan, pelajar pascasiswazah Melayu Muslim, mesyuarat

Abstract
  • Kajian ini memberikan tumpuan terhadap amalan dan penilaian kesantunan bahasa dalam kalangan 75 pelajar pascasiswazah Melayu Muslim di empat buah universiti awam Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan diskursif dalam melihat amalan kesantunan bahasa dalam situasi mesyuarat. Pendekatan ini menggunakan soal selidik secara terbuka agar responden dapat memberikan maklumat berdasarkan pengalaman mereka bermesyuarat. Terdapat tiga aspek utama yang menjadi tumpuan kajian ini, antaranya ialah (i) Faktor amalan kesantunan, (ii) penilaian diri sendiri dan (iii) penilaian terhadap ahli mesyuarat lain. Secara umumnya, kajian ini mendapati 7 faktor amalan kesantunan ketika bermesyuarat. Aspek penilaian diri pula menunjukkan penilaian sangat sopan (17%), sopan (68%), sederhana sopan (11%), dan kurang sopan (4%). Dari segi Penilaian Terhadap Orang Lain, penilaian sangat sopan (3%), sopan (70%), kebanyakan mereka bersopan (6%), sebahagian sahaja (19%) dan tidak sopan (2%). Secara keseluruhannya, berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut, kajian ini menyimpulkan bahawa amalan dan penilaian kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu Muslim adalah sangat baik.

Reference
  • 1. Abd Ganing Laengkang, 2010. “Kesantunan Bahasa dalam Ceramah Motivasi”. Ijazah Sarjana, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
    2. Abdul Wahid Jais, 2006. “Kesantunan Bahasa dalam Peradaban Melayu dari Perspektif Komunikasi”. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Verbal dan Bukan Verbal dari Perspektif Bahasa, Terjemahan dan Komunikasi. Pulau Pinang, 19-20 Disember 2006.
    3. Asmah Hj Omar, 2000. Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. Brown, P. dan Levinson S., 1987. Politeness: Some Universal in Language Usage. Cambridge: Cambridge University Press.
    5. Dániel Z. Kádár dan Sara Mills (ed.), 2011. Politeness in East Asia. Cambridge: Cambridge University Press.
    6. Geoffery Leech, 1993. Prinsip Pragmatik. Diterjemah oleh Azhar Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam bahasa Inggeris).
    7. Goffman, E., 1967. Interaction Ritual: Essays in Face to Face Interaction. New York: Anchor.
    8. Grice, H. P, 1975. “Logic and Conversation” dlm. Cole, P., & Morgan, Syntax and Semantic: Speech Act. New York: Academic Press, 41-58.
    9. Hashim Musa, 2004. Pengajian Bahasa Melayu Sebagai Wahana Ke Arah Pencapaian Ilmu Makrifat dan Ketakwaan dlm. Darwis Harahap (peny.). Mutiara Budi, hlm. 45- 69. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Kamus Dewan, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khadijah Ibrahim, 1993. “Politeness in Malay Directive”. Ijazah Sarjana. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
    11. Leech, Geoffrey, N, 1983. Principle of Pragmatics. London: Longman.
    12. Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar dan Maslida Yusof (peny.), 2012. Prinsip dan Aplikasi: Kesantunan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    13. Michael Haugh, 2007. The Discursive Challenge To Politeness Research: An Interactional Alternative: Journal of Politeness Research. 3 (2). 259-317.
    14. Mustafa Hj Daud, 1995. Budi Bahasa dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    15. Nor Azian Abd Aziz, 2005. “Analisis Kesantunan Berbahasa: Satu Kajian Kes”. Ijazah Sarjana. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
    16. Noriati A. Rashid, 2005. Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    17. Sanat Md. Nasir, 2002. Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    18. Spencer-Oatey, Helen. 2007b. Theories of identity and the analysis of face. Journal of Pragmatics 39 (4). 639656.
    19. Suraiya Mohd. Ali, 1998. “Linguistic Politeness in Intercultural Communications: A Study of Conversational Interactions between Malay and Japanese in Tokyo”. Tesis Ph. D. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
    20. Suraiya Mohd. Ali, 2004. “Politeness in Language: Perception and Behaviour Within a Multi-racial Society. dlm. Gerald Knowles et. al (ed.), Language, Linguistic and The Real World, Vol I, hlm. 177-208. Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
    21. Wan Aminurrashid, 2002. Etiket Islam: Panduan Sopan Santun. Pahang: PTS Publication & Distribution. Watts, Richard J. (2003). Politeness. Cambridge: Cambridge University Press.