Pengetahuan Dan Sikap Guru Aliran Perdana Terhadap Program Pendidikan Inklusif Di Daerah Sibu
List of Authors
  • Pau Swee Lin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pengetahuan dan sikap guru aliran perdana berkaitan Pogram Pendidikan Inklusif (PPI) adalah penting untuk membantu kecemerlangan akademik murid pendidikan khas (MPK). Terdapat banyak isu yang berkaitan dengan pengetahuan dan sikap berkaitan guru aliran perdana yang mengajar MPK.  Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan sikap guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah terhadap PPI di kawasan Sibu. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif. Pengkaji menggunakan teknik persampelan rawak untuk memilih sampel kajian di sekolah. Daripada populasi guru sebanyak 966 seramai 401 orang guru aliran perdana yang mengajar di sekolah rendah dan menengah dipilih sebagai sampel dalam kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan diedarkan melalui google form. Dapatan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis deskriptif mencari kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Data analisis secara inferensi menggunakan kolerasi Pearson . Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap PPI berada pada tahap sederhana (min = 3.28, SP = 0.571). Sikap guru terhadap PPI adalah berada pada tahap tinggi (min = 3.62, SP = 0.52). Hubungan kolerasi antara tahap pengetahuan guru dengan sikap guru terhadap PPI adalah sederhana (r = 0.688, sig = .000). Hasil dapatan menunjukkan guru menujukkan sikap positif tentang PPI tetapi mereka memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam tentang PPI. Hasil kajian dapat mengambarkan tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap PPI di Sibu. Kajian ini boleh melihat kekurangan yang masih ada pada PPI di Sibu seterusnya langkah-langkah penambahbaikan dapat dilakukan untuk membaiki keadaan PPI.


Reference
  • No Data Recorded