Pengaruh Gaya Keibubapaan Terhadap Penggunaan Peranti Teknologi Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
List of Authors
  • Nurul Izzati Asyiqin Bahtiar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Ibu bapa merupakan tunjang utama dalam membentuk perkembangan dan tingkah laku anak. Kajian lepas mendapati gaya keibubapaan boleh mempengaruhi penggunaan peranti teknologi oleh anak. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh gaya keibubapaan terhadap penggunaan peranti teknologi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Responden kajian dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan ke atas sejumlah 30 orang ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu melalui pengagihan borang soal selidik gaya keibubapaan dan soal selidik penggunaan peranti teknologi. Kesemua data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min dan sishan piawai bagi gaya keibubapaan manakala statistik inferensi regresi untuk mengalisis pengaruh gaya keibubapaan dengan penggunaan peranti teknologi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dapatan kajian mendapati bahawa gaya keibubapaan autoritatif merupakan gaya keibubapaan yang banyak diamalkan dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran. Kajian juga mendapati gaya keibubapaan autoritarian dan permisif mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan peranti teknologi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Ini menunjukkan gaya keibubapaan autoritarian dan permisif boleh memberi pengaruh terhadap penggunaan peranti teknologi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan ibu bapa mengenai gaya keibubapaan terhadap penggunaan peranti teknologi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kesimpulannya, ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran perlu mengamalkan gaya keibubapaan yang terbaik bagi memastikan peranti teknologi digunakan secara bersesuaian oleh anak.


Reference
  • No Data Recorded