Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik Dalam Topik Wang Sekolah Rendah
List of Authors
  • Thelagaa C Loganathan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Berasaskan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran Matematik ini telah diolah dan disusun semula. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap domain kognitif dalam topik wang bagi Tahun 5 dan Tahun 6 berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dengan merujuk kepada kerangka Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), penyelidikan ini melibatkan 45 orang guru Matematik di sekolah rendah daerah Pasir Gudang, Johor. Data diperolehi melalui borang soal selidik dan analisis kuantitatif menunjukkan bahawa kesemua guru mempunyai tahap sederhana tinggi dalam pengetahuan pedagogi am dan khusus, serta pengetahuan isi kandungan projek dalam topik wang. Bagi kajian ini, ujian ANOVA dua hala digunakan bagi meneroka perbezaan pengetahuan pedagogi guru matematik dalam topik wang berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Ujian ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan antara pengetahuan guru yang mengajar di kawasan bandar dan luar bandar. Walau bagaimanapun, perbezaan ditemui dalam faktor pedagogi khusus, di mana terdapat perbezaan antara pengetahuan pedagogi khusus dengan pengalaman mengajar di kalangan guru-guru tersebut. Dapatan kajian menyarankan bahawa guru-guru perlu mempunyai pengetahuan pedagogi dan isi kandungan yang baik dalam topik wang untuk mengelakkan miskonsepsi di kalangan murid. Hasil kajian ini dapat membantu dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif bagi memastikan pemahaman konsep matematik dalam konteks kehidupan seharian.


Reference
  • No Data Recorded