Cabaran Mengukur Kelakuan Aktiviti Fizikal Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Di Malaysia
List of Authors
  • Arif Yaakob

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kelakuan dan pekembangan aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah amat penting bagi memastikan proses pertumbesaran seorang kanak-kanak prasekolah berjalan dengan baik. Kelakuan aktiviti fizikal yang aktif dan pelbagai mampu memberi kesan positif seterusnya mengelakkan daripada masalah kesihatan terhadap kanak-kanak prasekolah seperti obesiti dan penguasaan kemahiran motor. Cabaran mengukur kelakuan aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah menggunakan sejenis alatan pengumpul data atau alat pengukur accelerometer merupakan isu yang kritikal dan amat penting untuk diatasi agar segala usaha dapat dilaksanakan di samping memastikan kelakuan aktiviti fizikal kanak-kanak prasekolah mencapai tahap yang disarankan. Secara keseluruhannya, kertas konsep ini dihasilkan agar dapat membantu pihak pengkaji mengenalpasti cabaran pengukuran untuk memastikan hasil pengukuran data yang diperolehi lebih tepat dan sempurna. Selain itu, kesedaran awal terhadap cabaran yang dihadapi mampu memberi impak positif dalam hasil pengumpulan data pengkaji dan merencanakan langkah strategi bagi mengatasi cabaran tersebut.


Reference
  • No Data Recorded