Pelaksanaan Terapi Pertuturan Kepada Murid Bermasalah Pembelajaran
List of Authors
  • Aina Nurfasya Ramli

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pelaksanaan terapi pertuturan dalam pendidikan adalah sangat penting dan amat diperlukan dalam kalangan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Namun, amalan terapi di sistem pendidikan di Malaysia masih kurang berbanding negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat. Kajian ini dilaksanakan bertujuan melihat pelaksanaan terapi pertuturan mempengaruhi peningkatan kemahiran sosial dan perubahan penglibatan murid bermasalah pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan 10 peserta kajian di mana 5 peserta kajian primer yang merupakan murid bermasalah pembelajaran dan 5 peserta kajian sekunder adalah guru pendidikan khas. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah daerah Hulu Langat, Selangor. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran sosial selepas pelaksanaan terapi pertuturan. Dari segi penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dapatan kajian melihat keberkesanan pelaksanaan terapi pertuturan malah kemahiran bertutur murid bermasalah pembelajaran juga ditingkatkan secara tidak langsung. Akhir sekali, kajian yang dilaksanakan memberi gambaran bahawa pelaksanaan terapi pertuturan dengan konsultasi dan kolaborasi Pegawai Pemulihan Perubatan dapat memberi impak positif terhadap kemenjadian murid bermasalah pembelajaran dan perlu dipraktikan dalam sistem pembelajaran dalam pendidikan khas.


Reference
  • No Data Recorded