Kajian ini memfokuskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dalam talian Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGK PM) semasa Pandemik COVID-19. Pensyarah memainkan peranan penting dalam menentukan hasil pembelajaran dalam tempoh Peritah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pelaksanaan PdPc semasa pandemik ini adalah cabaran buat pensyarah dari aspek pengetahuan, resos, kemudahan dan perkembangan profesionalisme menyumbang impak yang besar ke atas kualiti PdPc. Satu kajian kuantitatif melibatkan 30 orang pensyarah telah dijalankan untuk mengetahui pandangan pensyarah berhubung pelaksanaan PdPC sepanjang tempoh PKP. Soal selidik berskala lima likert telah diedarkan kepada kesemua peserta kajian untuk mengumpulkan maklumat berkaitan tiga konstruk utama iaitu pandangan pensyarah terhadap amalan pengetahuan teknologi, amalan pengetahuan teknologi pedagogi dan kreativiti. Data dapatan soal selidik telah dianalisis menggunakan Model Rasch bagi mendapatkan min persetujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah Pensyarah IPGK PM mempunyai pandangan yang positif terhadap PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik COVID-19 terutama aspek kreativiti yang berada pada tahap interpretasi yang tinggi. Penyarah juga menguasai amalan pengetahuan teknologi dan amalan pengetahuan teknologi pedagogi yang berada pada tahap interpretasi yang tinggi.