Aktiviti Fizikal Dan Kelakuan Sedentari Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
List of Authors
  • Lim Siew Khim

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari berperanan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan murid-murid terutamanya terhadap komposisi badan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dalam kalangan murid sekolah rendah dan hubungannya dengan komposisi badan. Murid-murid tahun 5 dan 6 dari 5 buah sekolah jenis kebangsaan cina di negeri Kelantan telah menyertai kajian ini. Kaedah penentuan sampel adalah menggunakan jadual penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970) dan menggunakan kaedah persampelan berstrata. Kelakuan aktiviti fizikal telah diukur dengan menggunakan borang soal selidik Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) yang telah diubahsuai dari segi bahasa dan aktiviti yang dilakukan. Kelakuan sedentari diukur dengan menggunakan Sedentary Behaviour Questionnaire(SBQ) yang diubahsuai dari segi bahasa. Seramai 200 orang murid (100 lelaki dan 100 perempuan) telah melengkapkan borang soal selidik. Dapatan menunjukkan bahawa tahap aktiviti fizikal adalah sederhana dengan skor min 2.65 manakala tahap aktiviti sedentari agak tinggi dengan skor min 3.59. Hanya separuh daripada murid-murid mempunyai berat badan normal (52.5%) dan 6.5% responden adalah kurang berat badan. Namun begitu, responden yang berlebihan berat badan adalah seramai 21% orang dan 20% responden bermasalah obesiti. Keputusan ujian Khi Kuaa Dua (Pearson Chi-Square) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap aktiviti fizikal dan status BMI (x2 = 288.938, df = 72, p<0.05 dan terdapat juga perbezaan yang signifikan antara tahap kelakuan sedentari dan status BMI (x2 = 182.661, df = 9, p<0.05). Hasil  analisis ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dengan murid lelaki dan murid perempuan dalam kalangan SJKC di negeri Kelantan(p>0.05). Justeru, murid-murid harus meningkatkan tahap kecergasan dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan malakukan aktiviti fizikal khususnya kepada murid-murid sekolah rendah dalam membendung masalah obesiti.           


Reference
  • No Data Recorded