Cabaran Dan Keperluan Guru Dalam Pelaksanaan Aktiviti Kelab Steam Di Sekolah Rendah Berskala Besar
List of Authors
  • Roslinda Rosli, See Ching Ying

Keyword
  • Kelab STEAM; Sekolah Rendah Berskala Besar; Cabaran Guru; Keperluan Guru; Kokurikulum

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dan keperluan guru dalam mengendalikan aktiviti Kelab STEAM, khususnya di sekolah rendah yang berskala besar. Kajian tinjauan yang melibatkan 60 orang guru Kelab STEAM di 10 buah sekolah rendah berskala besar daerah Pasir Gudang telah dijalankan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik jenis skala Likert 4 mata yang terdiri daripada enam bahagian yang merangkumi demografi responden, kemudahan dan sumber sekolah, tahap pengetahuan guru, kekangan masa, sikap guru serta keperluan guru dalam mengendalikan aktiviti Kelab STEAM. Data telah dikumpul melalui Google Forms dan diedarkan kepada responden secara atas talian melalui pensampelan bertujuan. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan bahawa cabaran guru adalah dari segi kemudahan dan sumber sekolah, tahap pengetahuan guru terhadap konsep dan pedagogi STEAM, serta kekangan masa. Selain itu, kajian turut mendapati bahawa guru memerlukan sokongan yang menyeluruh, termasuk sokongan pihak sekolah dari segi penyediaan kemudahan, masa tambahan, latihan profesional serta garis panduan pelaksanaan yang jelas. Kajian ini memberi gambaran menyeluruh terhadap isu pengendalian aktiviti STEAM dalam konteks kokurikulum sekolah rendah berskala besar serta mencadangkan keperluan guru bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti Kelab STEAM.

Reference
  • No Data Recorded