Motivasi Menggunakan E Pembelajaran dan Pencapaian Sejarah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4
List of Authors
  • Jublin Nanang

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • E Pembelajaran merupakan  revolusi 4.0 pedagogi dan inovasi pembelajaran  abad  ke-21. Sifat E Pembelajaran yang  interaktif  dan menarik membuatkan pendekatan ini  semakin menjadi pilihan. Namun, disebalik kerancakkan pelaksanaan E Pembelajaran sewaktu Pandemik Covid 19 dan  Perintah Berkurung, keberkesanan pelaksanaan E Pembelajaran masih lagi rendah, kurang berkesan dan dipercayai berkaitrapat dengan pencapaian pelajar. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat  perbezaan dalam tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran  berdasarkan jantina  dan mengenalpasti hubungan motivasi menggunakan E Pembelajaran  dengan pencapaian  Sejarah  dalam  kalangan 328 pelajar Tingkatan Empat di Daerah Samarahan, Sarawak yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Kajian ini menggunakan instrument yang diubahsuai dan diadaptasi daripada kajian lepas, sesuai dengan tujuan dan objektif kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap motivasi pelajar menggunakan E Pembelajaran  adalah sederhana. Manakala analisis Ujian t sampel tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan  pada tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran berdasarkan jantina. Seterusnya, hasil korelasi Pearson  menunjukkan wujud hubungan positif yang sangat lemah (r = 0.109*, r<0.20) antara tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian mata pelajaran Sejarah. Kajian ini telah membantu mengenal pasti beberapa faktor  penting iaitu faktor  mudah guna, kebergunaan, keseronokan, dan keyakinan diri  yang merupakan antara  faktor yang boleh mempengaruhi motivasi  murid  menggunakan E Pembelajaran. Walaupun hubungan yang lemah, dapatan ini menyokong perhatian guru kepada faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar  dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran.


Reference
  • No Data Recorded