Kesan Intervensi Terhadap Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah
List of Authors
  • Mardiah Mahmor

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat pengubah suaian tingkah laku yang berlaku kesan daripada perlaksanaan intervensi dalam proses pembelajaran. Intervensi “Topi Kapten Kebenaran Papa Zola” diaplikasikan bagi mengurangkan tingkah laku disruptif kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan peneguhan positif ganjaran Kajian ini menggunakan pendekatan kualititatif untuk mengumpul data yang diperlukan. Data dikumpulkan hasil analisis instrumen daripada senarai semak dan pemerhatian yang menggunakan reka bentuk A-B-A. Peserta kajian terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun di sebuah sekolah di daerah Sepang yang menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang ingin dikaji. Peneguhan positif ganjaran ini bertujuan meningkatkan motivasi diri dan galakan bagi mengurangkan tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak dengan memberi tanggungjawab mengetuai aktiviti kumpulan sepanjang intervensi dilaksanakan. Hasil dapatan menunjukkan perubahan positif terhadap tingkah laku dan tiada pengulangan tingkah laku disruptif apabila proses pembelajaran diselitkan dengan intervensi dan perkara yang diminati oleh kanak-kanak seperti karakter “Super Hero” Papa Zola dalam filem animasi Boboiboy.


Reference
  • No Data Recorded