Tahap Keinginan Keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi Swasta: Perspektif di Malaysia
List of Authors
  • Nor Aishah Buang

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Keusahawanan adalah sangat penting dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi negara, menjana inovasi, mencipta peluang pekerjaan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran. Justeru, keinginan keusahawanan dalam kalangan pelajar IPTS memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi negara. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau keinginana keusahawanan dalam kalangan pelajar IPTS. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 346 orang pelajar IPTS di sekitar Negeri Sembilan. Hasil kajian ini mendapati sebahagian besar responden mempunyai keinginan keusahawanan pada tahap yang tinggi. Penemuan kajian ini memberi suatu gambaran yang jelas kepada pihak berwajib untuk meningkatkan lagi usaha dan inisiatif untuk membantu generasi muda khususnya pelajar IPTS membudayakan keusahawanan sekaligus menceburi bidang keusahawanan setelah tamat pengajian.


Reference
  • No Data Recorded