Hubungan Personaliti Guru Dan Pembentukan Akhlak Kanak-Kanak
List of Authors
  • Noor Azizah Mohd Said

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Tadika merupakan medium utama dalam melahirkan modal insan kelas pertama berikutan melentur buluh dari rebungnya, begitulah kanak-kanak yang perlu mempelajari pelbagai cabang ilmu serta melalui proses membentuk diri mereka dengan personaliti dari seawal usia di tadika. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan pembentukan akhlak kanak-kanak dan personaliti guru pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik yang mempunyai nilai alfa cronbach .94 dalam menentukan perhubungan antara dua pembolehubah yang dikaji. Sampel kajian ini telah diperoleh daripada guru-guru pendidikan awal kanak-kanak yang berkhidmat di sektor kerajaan mahupun swasta seluruh Malaysia menggunakan persampelan rawak mudah. Sebanyak 302 sampel telah diperoleh oleh pengkaji sebagai responden kajian. Analisis data menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.  Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana r=0.492; p<0.05.  Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa nilai sig 0.001< 0.05 maka personaliti guru dan pembentukan akhlak kanak-kanak mempunyai hubungan positif pada tahap sederhana. Oleh hal yang demikian, kajian ini memberi dorongan dan teladan yang baik kepada guru pendidikan awal kanak-kanak dalam usaha mengajar dengan mengikut kemampuan. Seterusnya, guru dapat membentuk akhlak kanak-kanak minda kelas pertama (Abuddin Nata, 1997).


Reference
  • No Data Recorded