Keberkesanan Pelaksanaan AI Generatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains: Perspektif Guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Lembah Klang
List of Authors
  • Kanakesvary Poongavanam, Nithyavani Manikam, Puvaneswaren Parmasivam, Rosinah Mahmood

Keyword
  • Kecerdasan Buatan, Penggunaan AI, Pembangunan Profesional Guru, Kecekapan Guru, Sokongan Institusi, Teknologi Pendidikan

Abstract
  • Analisis konsptual ini meneliti jurang dalam literatur berkaitan keberkesanan penggunaan kecerdasan buatan generatif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil khususnya dari perspektif kesediaan guru, kecekapan pedagogi digital dan sokongan institusi. Kecerdasan Buatan (AI) generatif semakin digunakan dalam pendidikan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, dalam mata pelajaran Sains. Namun, pelaksanaannya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) masih kurang diterokai. Kajian ini berpandukan Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dengan fokus kepada kesediaan guru, persepsi terhadap keberkesanannya dan sokongan institusi. AI menawarkan peluang besar untuk memperbaiki pengalaman pengajaran dan pembelajaran, dengan menyediakan alat yang lebih sesuai, meningkatkan penglibatan pelajar, dan mempermudah pengurusan bilik darjah. Walau bagaimanapun, keberkesanan penggunaan AI bergantung kepada beberapa faktor, termasuk kecekapan guru dalam menguasai teknologi dan sokongan yang diterima dari institusi pendidikan. Kajian ini mendapati bahawa untuk menggunakan AI dengan berkesan, guru memerlukan latihan yang berterusan, akses kepada sumber daya yang mencukupi, dan pembentukan budaya yang menyokong penggunaan teknologi. Sokongan institusi dalam menyediakan latihan yang relevan, sumber yang mencukupi, dan dasar yang menyokong teknologi adalah kunci untuk memastikan kejayaan integrasi AI dalam pengajaran. Secara keseluruhannya, AI berpotensi untuk mempertingkatkan pendidikan, tetapi ia memerlukan kerjasama antara guru, institusi, dan pembuat dasar untuk memanfaatkan potensi penuh teknologi ini dalam pendidikan.

Reference
  • No References Recorded