Memperkukuh kesepaduan sosial: kajian ke atas komuniti penduduk tempatan dan orang luar (warganegara) di Pulau Labuan, Malaysia
List of Authors
  • Mohd. Sharial Bungsu , Rahimah Abdul Aziz

Keyword
  • Kesepaduan sosial, kelompok dalam, kelompok luar, interaksi sosial, komuniti

Abstract
  • Pada hari ini bukanlah suatu tugas yang mudah untuk memperkukuh kesepaduan sosial dalam sesebuah komuniti bagi penduduknya yang hidup dalam keadaan tenang dan tegang bersilih ganti. Keadaan stabil tetapi tegang yang wujud dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini bermaksud pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial yang dibina rakyat. Segalanya dipengaruhi oleh interaksi sosial antara kelompok dalam komuniti tersebut. Justeru itu, objekif utama kajian ini adalah untuk meneliti pengaruh interaksi sosial terhadap kesepaduan sosial antara kelompok dalam sesebuah komuniti. Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan kajian kes yang memfokuskan kepada pengalaman interaksi sosial antara informan dengan anggota daripada kelompok berlainan. Untuk tujuan itu, seramai 12 orang informan penduduk tempatan dan enam orang informan orang luar (warganegara) telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian ini dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa kekerapan kontak sosial dan komunikasi antara kelompok berupaya mengukuhkan kesepaduan dalam komuniti. Kesimpulannya, interaksi sosial antara kelompok yang positif, kerap dan mesra merupakan prasyarat utama untuk mengukuhkan kesepaduan sosial antara kelompok dalam sesebuah komuniti.

Reference
  • 1. Dandy, J. & Pe-Pua, R. 2013. Research into the current and emerging driver for social cohesion, social division and conflict in multicultural Australia. Joint Commonwealth, State and Territory Research Advisory Committee.
    2. Dennis, A., Philbrun, R. & Smith, G. 2013. Sociologies of Interaction. Polity Press: Cambridge. Jabatan Muzium Labuan. 2014. Maklumat etnik di Pulau Labuan.
    3. Jabatan Muzium Malaysia.
    4. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2013. Komposisi penduduk Pulau Labuan bagi tahun 2010 mengikut kelompok etnik. Jabatan Perangkaan Malaysia.
    5. Mansor Mohd. Noor. 2012. Kerencaman sosial dan penipisan batas etnik: kepelbagaian etnik dan perkongsian hidup bersama di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    6. Mujibu Abd. Muis. 2012. Menangani kerencaman kaum dalam proses bina bangsa: cabaran dan pengalaman Malaysia. Sosiohumanika: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan 5 (2). Bandung: Minda Masagi Press.
    7. Shamsul Amri Baharuddin. 2009. Melestari perpaduan, memperkukuh integrase: konsep satu Malaysia sebagai wahana terkini. Dlm. Kumpulan dokumen-dokumen Seminar Gagasan satu Malaysia: kesinambungan satu perjuangan. Kuala Terangganu: Kerajaan Negeri Terangganu dan Universiti Malaya.
    8. 2012. Modul hubungan etnik. Edisi kedua. Bangi: Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia.