Analisis Kandungan Topik Tambah dan Tolak dalam Buku Teks Matematik Tahap 1 Sekolah Kebangsaan
List of Authors
  • Nur Afiqah Azhar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Buku teks adalah bahan sumber yang penting semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik. Guru sentiasa menggunakan buku teks sebagai rujukan utama untuk memastikan kandungan pengajaran yang disampaikan tidak tersasar daripada garis panduan silibus yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, kajian ini menganalisis dokumen kurikulum sebagai sampel kajian iaitu Buku Teks Matematik Tahun 1, Buku Teks Matematik Tahun 2, Buku Teks Matematik Tahun 3 dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1, 2 dan 3. Analisis secara deskriptif melalui aplikasi SPSS telah dijalankan. Hasil dapatan kajian mendapati kandungan topik tambah dan tolak adalah berkesinambungan dengan skor berdasarkan Rubrik Kesinambungan Kemahiran Topik Tambah dan Tolak Berdasarkan DSKP. Manakala keseluruhan perwakilan dalam Model LESH didapati terkandung dalam ketiga-tiga persembahan dalam buku teks tersebut. Ujian Khi Kuasa Dua dengan alternatif Ujian Ketepatan Fisher (Fisher’s Exact Test) mendapati bahawa tidak terdapat hubungan antara standard kandungan dengan tahap penguasaan dalam soalan penilaian dalam ketiga-tiga buah buku teks tetapi terdapat perkaitan yang jelas antara kandungan penilaian mengikut tahun dengan tahap penguasaan berdasarkan DSKP. Implikasi kajian ini penting untuk menyediakan guru, murid dan ibu bapa dalam menggunakan buku teks Matematik secara optimum dari aspek perancangan, pembacaan dan panduan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.


Reference
  • No Data Recorded