Tahap Motivasi Kesihatan Dalam Kalangan Pelajar di Daerah Larut Matang Dan Selama
List of Authors
  • Anuar Abu Hassan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian motivasi dalam kalangan pelajar ini dijalankan bagi mengetahui adakah terdapat perbezaan tahap motivasi antara jantina dan jenis sekolah. Kajian ini melibatkan Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Harian Berasrama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Kajian melibatkan sebanyak 653 pelajar sekolah tingkatan empat dalam Daerah Larut Matang dan Selama. Menggunakan ujian T bagi menentukan tahap motivasi antara jantina dan One Way Anova bagi menentukan tahap motivasi jenis sekolah. Hasil kajian menunjukkan tiada pebezaan tahap motivasi diantara lelaki dan perempuan kerana nilai T 0.385 lebih dari p < 0.05  tidak signifikan. Manakala ujian ANOVA menunjukkan sanifikan dengan bacaan nilai F (2, 653: p = 0.017) = 4.109. Oleh sebab nilai p < 0.05, maka terdapat perbezaan tahap motivasi diantara jenis sekolah dalam kalangan pelajar. Ini menunjukkan tahap motivasi dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh jenis sekolah pelajar tersebut.


Reference
  • No Data Recorded