Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam
List of Authors
  • Raja Nurmunira Raja Harman Shah

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kepimpinan lestari merupakan satu bentuk model kepimpinan terkini bagi menilai aspek kepimpinan dalam bidang pendidikan dengan merujuk kepada perubahan-perubahan terkini dan baharu yang berlaku dalam dunia pendidikan. Permasalahan kepada kajian ini adalah secara realitinya perkara yang berlaku di sekolah adalah masa bekerja pengetua umumnya dihabiskan dengan urusan lain. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan Lestari Guru Besar serta mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti hubungan tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif dengan menggunakan soal selidik berskala Likert melibatkan 30 responden yang yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Jawa Shah Alam. Dapatan kajian mendapati tahap amalan kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi serta terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan kerja guru. Implikasi hasil dari kajian adalah berharap dapat memberi panduan kepada PPD, JPN dan KPM untuk mengadakan latihan bagi meningkatkan kepimpinan lestari guru besar. Kesimpulan nya guru besar di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah mengamalkan tahap kepimpinan lestari yang tinggi.


Reference
  • No Data Recorded