Tekanan Perumahan Pasca Pandemik Covid-19 Terhadap Kemampuan Perumahan
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak setahun lalu telah memberi banyak impak kepada seluruh dunia. Pelbagai sektor terkesan kerananya. Tidak terkecuali sektor perumahan turut mendapat tekanan perumahan akibat pandemik Covid-19 khususnya terhadap kemampuan memiliki rumah. Penulisan ini akan menjurus kepada keadaan yang memberi tekanan semasa pasca pandemik Covid-19 terhadap kemampuan perumahan di Malaysia. Kaedah kajian ini ialah secara kuantitatif dan bersifat deskriptif. Hasil kajian ini mendapati terdapat lima tekanan perumahan pasca pandemik Covid-19 iaitu lambakan pasaran perumahan, pasaran perumahan merosot pada jangka pendek dan sederhana, ramalan pasaran perumahan pada masa hadapan, tunggakan cukai tanah dan cukai taksiran.