Kesan Amalan Bacaan Al-Quran Dalam Pembentukan Keperibadian Pelajar UiTM Pasir Gudang
List of Authors
  • Mohd Ali Muhammad Don

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Amalan membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang sangat dituntut oleh Islam. Ini dapat dilihat menerusi pelbagai galakan dan kelebihan yang dinyatakan di dalam ayat-ayat al-Quran sendiri dan juga hadis Rasulullah SAW. Amalan ini akan memberikan kesan yang sangat baik pada hati, jiwa dan kerohanian pembacanya. Walaupun demikian, amalan ini tidak dapat dilaksanankan oleh kesemua umat Islam lantaran beberapa kekangan yang wujud. Justeru, kajian yang dilaksanakan ini adalah bagi mengenalpasti kekerapan pelaksanaan amalan bacaan al-Quran dan kesannya terhadap pembentukan keperibadian yang memfokuskan hanya kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Responden bagi kajian ini melibatkan seramai 103 orang pelajar yang mengambil pengajian peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan. Pemilihan responden adalah secara rawak. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik sebagai sumber utama dalam pengumpulan data daripada responden. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 dan dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden bersetuju dengan kesemua item yang ditanyakan berkaitan kesan-kesan yang akan diperolehi setelah membaca al-Quran dengan nilai peratusan dalam julat 83.5% sehingga 97.1%.


Reference
  • No Data Recorded