Pengaruh peranan gender dalam corak penggunaan internet dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia
List of Authors
  • Hafiz Rahman

Keyword
  • Peranan gender, kebimbangan terhadap komputer, corak penggunaan internet, pelajar lelaki dan pelajar perempuan

Abstract
  • Perkembangan internet yang semakin pesat telah menyebabkan wujudnya jurang perbezaan ilmu antara golongan yang mempunyai akses mudah kepada maklumat dan golongan yang sukar mendapat akses kepada maklumat. Golongan yang sukar mendapat akses kepada maklumat ini akan ketinggalan dari segi ekonomi, politik dan pendidikan. Wanita umumnya adalah tergolong dalam kalangan mereka yang ketinggalan. Malah peranan gender telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi corak penggunaan internet. Dalam konteks ini kajian ini menampilkan empat objektif: pertama mengenalpasti corak penggunaan internet, kedua meninjau pandangan terhadap peranan gender, ketiga menjelaskan sama ada terdapat perbezaan tahap kebimbangan terhadap komputer dan keempat menjelaskan korelasi antara pandangan terhadap peranan gender, tahap kebimbangan terhadap komputer dan corak penggunaan internet. Seramai 280 orang pelajar dari Fakulti Ekologi Manusia, UPM dipilih sebagai responden menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis tidak berkadar. Pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Hasil kajian menunjukkan corak penggunaan internet bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza dari segi tempoh penggunaan dan aktiviti internet yang dilakukan. Meskipun pelajar lelaki mempunyai pandangan peranan gender yang lebih tradisional berbanding pelajar wanita namun tiada perbezaan signifikan (p>0.05) bagi tahap kebimbangan terhadap komputer. Analisis korelasi mendapati dalam kalangan pelajar wanita, semakin tradisional pandangan terhadap peranan gender, semakin tinggi tahap kebimbangan terhadap komputer. Secara umumnya kajian ini mendapati peranan gender mempengaruhi corak penggunaan internet tetapi ia bukan disebabkan oleh tahap kebimbangan terhadap komputer. Dapatan kajian ini bukan saja diharap dapat menambahkan pemahaman daripada perspektif gender mengenai tingkah laku dalam pengendalian maklumat, tetapi juga membantu dalan menilai kejayaan inisiatif kerajaan Malaysia merapatkan jurang digital antara gender.

Reference
  • 1. Babbie, E. 2008. The Basics of Social Research. Belmont, CA: Wadsworth Publishing.
    2. Baber, K. & Tucker, C. 2006. The Social Roles Questionnaire: A new approach to measuring attitudes toward gender. Sex Roles 54: 459-467.
    3. Berry, P. 2013. The impact of globalization and technology on teaching business communication: Reframing and enlarging world view, methods, and content. American Journal of Business Education 6(1): 57-66.
    4. Colley, A. & Comber, C. 2003. Age and gender differences in computer use and attitudes among secondary school students: What has changed? Educational Research 45(2): 155-165.
    5. Cooper, J. 2006. The digital divide: The special case of gender. Journal of Computer Assisted Learning 22(5): 320-334.
    6. Cooper, J. & Weaver, K.D. 2003. Gender and Computers: Understanding the digital divide. Mahwah, N.J.: Erlbaum.
    7. Dyck, J.L. & Smither, J.A. 1994. Age differences in computer anxiety: the role of computer experience, gender and education. Educational Computing Research 10: 33-39.
    8. Fallows, D. 2005. How women and men use the Internet. Pew Internet & American Life Project. http://www.pewInternet.org/pdfs/PIP_Women_and_Men_online.pdf [28 Mac 2013].
    9. Fox, S., & Duggan, M. 2013. Health Online 2013. Health. www.pewinternet.org/~/media/Files/Reports/PIP_HealthOnline.pdf. [2013 Mac 20].
    10. Heinssen, R.K., Glass, C.R., & Knight, L.A. 1987. Assessing computer anxiety: development and validation of the computer anxiety rating scale. Computers in Human Behaviour 3: 49- 59.
    11. Hong, K.S., Abang, A.R., & Kuek, M.K. 2003. Students' attitudes toward the use of the Internet for learning. Educational Technology & Society 6(2). http://ifets.ieee.org/periodical/6- 2/5.html. [10 Januari 2013].
    12. Hong K.S., Abang A.O., & Nordin, Z.S. 2005. Computer self-efficacy, computer anxiety, and attitudes toward the Internet: A study among undergraduates in Unimas. Journal of Educational Technology and Society 8: 205-211.
    13. Iskandarani, M. 2008. Effect of Information and Communication Technologies (ICT) on NonIndustrial Countries-Digital Divide Model, Journal of Computer Science 4(4): 315-319.
    14. Israel, G. D. (1992). Determining sample size. University of Florida Cooperative Extension Service, Institute of Food and Agriculture Sciences, EDIS.
    15. Jackson, L.A., Ervin, K.S., Gardner, P.D. & Schmitt, N. 2001. Gender and the Internet: Women communicating and men searching. Sex Roles 44: 363–379.
    16. Jones, S., Johnson-Yale, C., Millermaier, S., Perez, F.S. 2009. US college students’ internet use: Race, gender and digital divides. Journal of Computer-Mediated Communication 14 (2): 244–264.
    17. McMillan, S.J., & Morrison, M. 2006. Coming of age with the internet: A qualitative exploration of how the internet has become an integral part of young people's lives. New Media and Society 8: 73-95.
    18. Madden, M., & Zickhur, K. 2011. 65% of online adults use social networking sites: Women maintain their foothold on SNS use and older Americans are still coming aboard. Pew Internet & American Life Project. http://pewinternet.org/Reports/2011/Social-NetworkingSites.aspx [20 Februari 2013].
    19. Munusamy, K., & Ismail, M. 2009. Influence of gender role on internet usage pattern at home among academicians. The Journal of International Social Research 2(9): 308-318.
    20. Odell, P.M., Korgen, K.O., Schumacher, P., Delucchi, M. 2000. Internet use among female and male college students. CyberPsychology & Behavior 3(5): 855–862.
    21. Selwyn, N. 2004. Reconsidering political and popular understandings of the digital divide. New Media & Society 6(3): 341-362.
    22. Servon, L.J. 2002. Bridging the Digital Divide Oxford: Blackwell Publishing.
    23. Wong, S.L., Sidek A.A., Mohd Yunus, A.S., Sidek, Z., Abu Bakar, K., Meseran, H., & Atan, H. 2008. Gender differences in ICT competencies among academicians at Universiti Putra Malaysia. Malaysian Online Journal of Instructional Technology (MOJIT) 2(3): 62-69.