Otonomi daerah dan reaksi penduduk tempatan terhadap upaya menghidupkan semula budaya leluhur Tionghoa di kecamatan Padang Barat, Padang
List of Authors
  • Delpa Yunus , Rahimah Abdul Aziz

Keyword
  • Minoriti Tionghoa, penduduk tempatan, menghidupkan semula, budaya leluhur, otonomi daerah

Abstract
  • Pemerintahan orde reformasi telah memperkenalkan konsep otonomi daerah. Matlamatnya adalah untuk mendorong semua etnik di Indonesia membangkitkan kembali budayanya masing-masing. Secara tidak langsung otonomi daerah memberikan laluan mudah kepada kegiatan minoriti Tionghoa untuk menghidupkan semula budaya leluhur yang sekian lama terkubur. Sehubungan dengan itu, minoriti Tionghoa di Kecamatan Padang Barat mula giat menghidupkan semula budaya mereka. Seiring dengan itu muncul reaksi dan isu penerimaan oleh sesetengah penduduk tempatan terhadap budaya Tionghoa sehingga telah menghambat upaya menghidupkan semula budaya berkenaan. Objektif kajian ini mengenalpasti sejauhmana kewujudan otonomi daerah boleh memberikan laluan mudah kepada orang Tionghoa Padang untuk menghidupkan semula budaya warisan nenek moyang. Kajian mengambil pendekatan kualitatif. Kaedah pemilihan informan menggunakan snowball. Manakala kaedah pengumpulan maklumat menggunakan kaedah temubual mendalam terhadap informan. Kajian dijalankan di Kecamatan Padang Barat, bandar Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Temuan kajian mendapati bahawa upaya menghidupkan semula budaya Tionghoa berhadapan dengan masalah stereotaip dan prasangka. Masalah stereotaip dan prasangka terlihat dengan adanya persepsi yang menyatakan budaya Tionghoa mengandungi fahaman komunisme. Temuan kajian mendapati penduduk tempatan meyakini gerakan kebangkitan kembali budaya Tionghoa Padang boleh membangkitkan kembali ideologi komunisme. Boleh disimpulkan kedudukan orang Tionghoa Padang sebagai kumpulan minoriti difahami telah memberikan laluan mudah terjadinya stereotaip dan prasangka yang pula menghambat upaya mereka menghidupkan semula budaya leluhur mereka.

Reference
  • 1. Anwar, S. A. (1999). Pengaruh budaya Tionghoa dalam Sulaman Minangkabau. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
    2. Bahrun, S. (2003). Menghidupkan tradisi Tionghoa/Cina di Makassar. Makassar: Baruga Nusantara.
    3. Barton, G. (2000). The authorized biography of Abdurrahman Wahid. Terj. Yogyakarta: LKiS.
    4. Berry, B. (1965). Race and ethnic relations. Bostony: Houghton Mifflin.
    5. Boas, F. (1940). Race, language and culture. New York: Double-day.
    6. Damsar. (2005). The perception of the problem of local autonomy; respons of West Sumatera to the implementation of the law no.22/ 1999. Jurnal Universitas Andalas Press, 12, 12- 15.
    7. Erniwati. (2007). Asap hio di ranah minang: komunitas Tionghoa di Sumatera Barat. Yogyakarta: Yayasan Nabil.
    8. Gillin, J. L & Gillin, J. P. (1954). A revision of an introduction to sociology. The Macmillan Company: New York.
    9. Gunawan, V. (2012). Sekilas tentang adat dan budaya Tionghoa di Indonesia. Padang: Jasa Mandiri.
    10. Mcvey, R. (2010). Kemunculan komunisme Indonesia. Jakarta: Komunitas Bambu.
    11. Melly, G. T. (1981). Golongan etnis Tionghoa di Indonesia: Suatu masalah pembinaan kesatuan bangsa. Jakarta: PT Gramedia.
    12. Moedjanto, G. (2000). Komunisme dan Pancasila. Jakarta: Kompas.
    13. Neuman, W. L. (2008). Basics of social research methods: qualitative and quantitative approach. Boston: Pearson Education Inc.
    14. Prabowo, B. (1998). Stereotaip, asimilasi, integrasi sosial. Jakarta: PT Pustaka Grafika Kita.
    15. Purdey, J. (2006). Anti Chinese violence in Indonesia in 1996-1998. Singapore: Singapore University Press.
    16. Russell. (1938). Power. London: George Allen & Unwiyn.
    17. Sadeli, E. (1997). Larangan aksara Tionghoa di Indonesia melanggar hak asasi manusia (HAM). Jakarta: Perpustakaan Nasional RI.
    18. Salim, A. (2006). Stratifikasi etnik: kajian mikrososiologi interaksi etnis Jawa dan Cina. Yogyakarta: Tiara Wacana.
    19. Schaefer, R. T. (2003). Racial and ethnics group. New Jersey: Upper Saddle River.
    20. Skinner, G. W. (1963). The Chinese minority in Indonesia. New York: Mc.Vey.
    21. Suryadinata, L. (1984). Dilema minoritas Tionghoa. Jakarta: Grafiti Press.