Covid-19: Khidmat Komuniti Secara Dalam Talian
List of Authors
  • Amnah Saayah Ismail

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pandemik Covid-19 telah menjadi ancaman kepada seluruh dunia termasuk Malaysia. Keadaan ini menyebabkan kerisauan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. Pelbagai program dibuat oleh banyak pihak untuk memberi kesedaran dan pengetahuan berkenaan bahaya pandemik ini. Justeru penulisan ini akan membincangkan berkenaan khidmat komuniti secara dalam talian yang dibuat oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang bermula pada bulan Mac 2020 yang lepas. Medium yang digunakan untuk program khidmat komuniti secara dalam talian ini ialah Youtube dan Instagram. Metodologi penulisan ini ialah kualitatif dengan memberi penekanan kepada kajian kepustakaan dan analisis kandungan serta pemerhatian. Penulisan juga akan mengenengahkan data tontonan, menyukai dan komen yang diperolehi sepanjang video dimuatnaik oleh pelajar. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di Youtube terdapat 643 tontotan, 202 menyukai dan 15 komen sepanjang satu minggu tempoh tayangan. Manakala di saluran Instagram pula terdapat 2038 tontonan dan 97 menyukai video yang dimuatnaik oleh peserta khidmat komuniti. Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan terdapat sambutan yang baik dalam kalangan warga maya dengan video yang dimuatnaik berkenaan kesedaran, keselamatan dan pengetahuan berkenaan Covid-19.


Reference
  • No Data Recorded