Motivasi dan Tahap Penglibatan Pelajar Sekolah Menengah Dalam Melaksanakan Aktiviti Kokurikulum Semasa Fasa Endemik di Daerah Saratok
List of Authors
  • Tommy Katum

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Keadaan dunia yang telah dilanda wabak Pandemik COVID-19 ini telah memberikan banyak kesan khususnya kepada sistem pendidikan di negara kita. Tahap motivasi pelajar untuk melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah juga turut terjejas. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti motivasi serta tahap penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum semasa fasa Endemik di daerah Saratok. Kajian berbentuk tinjauan ini telah menggunakan instrument soal selidik yang diadaptasi daripada “Participation Motivation Questionnaire” (PMQ). Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS) Versi 23. Berdasarkan kajian ini didapati faktor perkembangan kemahiran menjadi motivasi utama untuk pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.


Reference
  • No Data Recorded