Penggunaan peta pelbagai alir I-Think sebab-akibat dalam merumuskan carta pai dalam pendidikan bahasa Melayu
List of Authors
  • Khairun Afifa Mashud , Sri Kartika A. Rahman

Keyword
  • Carta Pai, Peta I-Think, Kajian Tindakan

Abstract
  • Melaporkan carta pai dalam bentuk penulisan merupakan kemahiran menulis yang perlu dikuasi oleh pelajar tahun 7 di negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pelajar tahun 7 masih menghadapi masalah ini disebabkan pelajar kurang kritis dalam memahami, menganalisis dan mengolah serta menghuraikan terutamanya isi tersurat dan tersirat yang dinyatakan dalam carta pai. Oleh demikian, kajian ini meneroka penggunaan peta pelbagai alir I-Think Sebab-Akibat dalam meningkatkan kemahiran merumuskan carta pai pelajar tahun 7. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti persepsi pelajar mengenai penggunaan peta I-Think tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran merumuskan bahan grafik. Kajian ini merupakan kajian tindakan berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988). Hasil dapatan kajian menunjukkan peta I-Think Sebab-Akibat telah membantu pelajar membaca dan menulis isi rumusan carta pai secara terancang, membantu pelajar meneliti, menafsir dan menerangkan maklumat yang tersurat dan isi tersirat. Selain itu, pelajar juga memberikan respons yang positif ketika ditemu bual mengenai penggunaan peta I-Think Sebab-Akibat dalam merumusakan carta pai. Pelajar juga menunjukkan minat untuk menggunakan peta I-Think dalam aspek lain dalam pengajaran bahasa Melayu seperti fahaman, simpulan bahasa, tatabahasa, peribahasa dan karangan selain merumuskan carta pai.

Reference
  • 1. Abdul Halim Abdullah, Zaleha Ismail, Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Marlina Ali, & Mohd Hilmi Hamzah. (2014). Pengaplikasian i-Think untuk bakal guru (preservice) dan guru (in-service). Proceeding Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik. 11-13.

    2. Abdul Rashid Jamian, Martini Misdon, & Azhar MD.Sabil. (2017). Penggunaan peta pemikiran i-think dalam pemahaman KOMSAS bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 51-59.

    3. Ahmad Fikri Ab. Rahman & Zamri Mahamod, (2019). Teknik lakaran bersama peta alir i-Think meningkatkan kemahiran menjana idea murid etnik lun bawang dalam karangan autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3). 12-22.

    4. Andrade, H.G (2005). Teaching with rubrics: The good, the bad, and the ugly. College Teaching, 53(1), 27-31.

    5. Anida Sarudin, Zulkifli Osman, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Mohd Amir Mohd Zahari & Marlini Idris. (2020). Analisis pelaksanaan elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah orang asli. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 48-63.

    6. Anthony Aloysius Akup & Yahya Othman, (2017). Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1). 44-55.

    7. Azlili Murad & Norazilawati Abdullah. (2016). Develop i-Think mind map module for science year 5 primary school (44 - 53). Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 6(2), 44-53.

    8. Chew Fong Peng & Siti Syahirah Yusof. (2021). Kesediaan pelajar terhadap peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 15-25.

    9. Fadilla Anak Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru bahasa melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 37-44.

    10. Freimuth, H. (2016). An examination of cultural bias in IELTS task 1 non-process writing prompts: A UAE perspective. Learning and Teaching in Higher Education: Gulf Perspectives, 13(1), 3-18.

    11. Harackiewicz, J. M., Smith, J. L., & Priniski, S. J. (2016). Interest matters: The importance of promoting interest in education. Policy Insights From The Behavioral And Brain Sciences, 3(2), 220-227.

    12. Hasnah Mohamed. (2016). Meningkatkan kemahiran menulis karangan melalui penggunaan track changes. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13(1), 135-159.

    13. Hebert, M., Bohaty, J., Nelson, J. & Brown, J. (2016). The Effects Of Text Structure Instruction On Expository Reading Comprehension: a Meta-analysis. Journal of Educational Psychology, 108 (5), 609-629. https://doi.org/10.1037/edu0000082

    14. Hor Yan Kwan & Marzni Mohamed Mokhtar. (2022). Keberkesanan penggunaan peta alir bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan separa berpandu bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina tahun tiga. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 6(4) 28-39.

    15. Hyerle, D. (1996). Thinking maps : Seeing is understanding. Educational Leadership, 53(4), 85-89.

    16. Indira, A., & Sekaran, P. (2017). Kesan penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran pecahan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi murid orang asli tahun 5. Diperoleh daripada https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/4446_4446.pdf

    17. Jumaliah Mingan & Zamri Mahamod. (2016). Pengetahuan pelajar sekolah menengah tentang penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 23-32.

    18. Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner (3rd ed.). Geelong: Deakin University.

    19. Kousa, P., Kavonius, R., & Aksela, M. (2018). Low-achieving students’ attitudes towards learning chemistry and chemistry teaching methods. Chemistry Education Research and Practice, 19(2), 431-441.

    20. Kumalasari, D., Purwanta, H., Aw, S. & Agustunova, D. (2022). Historical Literacy Competencies Of History Education Students: Case Studies At Surabaya and Yogyakarta State Universities. Journal of Curriculum and Teaching, 8(11), 339-348. https://doi.org/10.5430/jct.v11n8p339

    21. Kwangmuang, P., Jarutkamolpong, S., Sangboonraung, W. & Daungtod, S. (2021). The Development Of Learning Innovation To Enhance Higher Order Thinking Skills For Students In Thailand Junior High Schools. Heliyon, 6 (7), 1-13. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2021.e07309

    22. Le, L. K. (2013). Teacher-efficacy for using HOTS pedagogy in the classroom. Diperoleh daripada https://opencommons.uconn.edu/gs_theses/406

    23. Limpo, T. & Alves, R. (2013). Teaching Planning or Sentence-combining Strategies: Effective Srsd Interventions At Different Levels Of Written Composition. Contemporary Educational Psychology, 4(38), 328-341.

    24. Mohd Zikri Ihsan Mohamad Zabhi, Shamsudin Othman, Abdul Rasid Jamian & Azhar Md Sabil. (2020). Penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran penulisan Bahasa Melayu tingkatan tiga di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 14-26.

    25. Muho, A. and Leka, K. 2022. Sharing Learning Targets and Assessment Criteria with Students as Motivating Factors in Second Language Acquisition. European Journal of Education and Pedagogy. 3 (2), 93–96. https://doi.org/10.24018/ejedu.2022.3.2.238

    26. Nasyimah Ismail & Zamri Mahamod. (2016). Sikap dan kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 59-67.

    27. Norhidayah Azni Mohamed Zohomi, Mohd Ayub Bakri, Vinoothini Mannogaran & Shaamala Nadarajah. Zohomi. (2022). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu murid sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(2), 144-153.

    28. Nur Aqilah Mohammad Syukri. (2021). Kesan Penggunaan Model Learning Cycle 5E Dalam Meningkatkan Tahap Pencapaian Meringkaskan Karangan Pelajar Tahun 10. Tesis Sarjana Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.

    29. Nurhafizah Zaidi, Roslinda Rosli & Mohammed Yusof Mohd Nor. (2015). Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. In World Academic And Research Congres 2015.

    30. Othman Lebar. (2020). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    31. Rimma, I., Andrey, I., & Mariya, L. (2017). A new training workshop for students’ IELTS exam mastering. Journal Of Language And Education, 3(2), 45-54.

    32. Rohadi, T. (2015). Assisting students to attack writing tasks on IELTS test technique. English Review: Journal of English Education, 3(2),174-182

    33. Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2016). Keberkesanan peta pemikiran (i-Think) dalam meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 31-37.

    34. Tyas, P.A. (2020) Promoting Students' Autonomous Learning Using Portfolio Assessment in EFL Writing Class. Journal of English Educators Society, 5 (1), 75-81. doi: 10.21070/jees.v5i1.379

    35. Yang, Y., Yap, N. T. & Mohammad Ali, A. (2022). A Review Of Syntactic Complexity Studies In Context Of Efl/esl Writing. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 12 (10), 441-454 https://doi.org/10.6007/ijarbss/v12-i10/14843

    36. Zamri Mahamod, Anthony A. A & Hadi H. (2019). The Effectiveness of Using I-Think Thinking Map in Enhancing The Mastery of Malay Language Essay Writing Skills of Form 6 in Mukah District. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 8(4), 386–401.