Pemikiran M. Quraish Shihab Mengenai Hukum Terpilih Berkaitan Wanita Dalam Tafsir Al-Mishbah
List of Authors
Fatin Hamamah Abdul Manan, Roshimah Shamsudin
Keyword
M. Quraish Shihab, Tafsir al-Mishbah, Hukum Berkaitan Wanita, Hadith, Hijab
Abstract
Artikel ini membincangkan pemikiran M. Quraish Shihab mengenai hukum-hukum berkaitan wanita dalam Tafsir al-Mishbah iaitu sebuah karya tafsir yang terbesar di Indonesia. M. Quraish Shihab merupakan salah seorang mufasir Indonesia yang sering membicarakan hal- hal wanita dalam beberapa karya beliau termasuklah Tafsir al-Mishbah. Namun begitu, terdapat sebahagian pandangan beliau dalam Tafsir al-Mishbah yang mengundang kontroversi seperti isu berkaitan hijab wanita. Perkara ini telah mendorong beberapa pengkaji membahaskan pandangan M. Quraish Shihab. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemikiran M. Quraish Shihab mengenai hukum berkaiatn wanita dalam Tafsir al-Mishbah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data. Data yang diperolehi kemudian dianalisis dengan menggunakan pendekatan induktif dan analisis kandungan. Penemuan kajian menunjukkan bahawa M. Quraish Shihab menggunakan hadith sebagai salah satu metode penafsirannya. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat pandangan beliau berkaitan wanita dilihat bertentangan dengan pandangan majoriti sarjana lainnya seperti hukum berhijab bagi wanita. Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan beliau yang selari dengan pandangan sarjana lain seperti hukum berkaitan menggauli wanita dalam keadaan haid dan juga perkahwinan dengan wanita penzina. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran yang lebih holistik mengenai pemikiran M. Quraish Shihab tentang hukum berkaitan wanita dalam Tafsir al-Mishbah.