Implikasi perubahan pembangunan bandar terhadap keselamatan awam : kajian kes di bandar Muadzam Shah, Pahang
List of Authors
  • Nur Malinda Samsuddin , Rosniza Aznie Che Rose

Keyword
  • Bandar, bandar selamat, jenayah, migrasi, penduduk, rakan sebaya, SPSS

Abstract
  • Bandar Muadzam Shah merupakan sebuah bandar yang telah mengalami perubahan seperti pembangunan semula dan perkembangan bandar. Secara tidak langsung, ia telah menyebabkan pertambahan jumlah penduduk ekoran daripada faktor migrasi yang berlaku. Hal yang demikian juga telah memberi impak negatif kepada kawasan bandar seperti gejala sosial dan masalah jenayah. Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi perubahan pembangunan bandar terhadap keselamatan awam di Bandar Muadzam Shah yang menfokuskan kepada isu jenayah. Dua jenis data telah digunakan dalam kajian ini, iaitu data primer dan data sekunder. Terdapat seramai 100 orang responden yang dijadikan sebagai sampel. Borang soal selidik yang telah lengkap akan diproses melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian mendapati bahawa trend jenayah di Bandar Muadzam Shah adalah tidak konsisten dalam tempoh masa 13 tahun. Walau bagaimanapun, jumlah kes jenayah yang berlaku menunjukkan peningkatan yang amat ketara setelah berlakunya perubahan ke atas bandar tersebut. Faktor pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes jenayah tersebut. Oleh hal yang demikian, langkah Bandar Selamat perlu dilaksanakan di Bandar Muadzam Shah bagi menjadikan bandar tersebut sebagai sebuah Bandar Selamat pada masa akan datang.

Reference
  • 1. Arie Dewie. 2011. Mengapa jenayah berlaku. Available online: http://detectiveightyfive.blogspot.com/2011/03/mengapa-jenayahberlaku.html.[27Disember 2014]
    2. Anelyza. 2014. Punca dan langkah menangani jenayah. Available online: http://anelyza.blogspot.com/2 014/05/karangan-3-punca-dan-langkahmenangani.html. [27 Disember 2014]
    3. Balai Polis Rompin. 2015. Indeks jenayah di Bandar Muadzam Shah pada tahun 2000- 2013. Rompin, Pahang.
    4. Cohen Louis, Manion Lawrene dan Keith Morrison. 2007. Research Methods in Education, 6th edition. Oxford: Routledge.
    5. HanXiao@Indah. 2011. Kesan pembandaran ke atas gejala sosial remaja Melayu. Journal of Human Capital Development 4: 129-137.
    6. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Konsep Bandar. Banci Penduduk dan Perumahan 2010.
    7. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2015. Jumlah Penduduk di Bandar Muadzam Shah pada Tahun 2000 dan 2010. Bancian Penduduk dan Perumahan.
    8. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa. 2010. Konsep Bandar. Bahagian Rancangan Fizikal Negara.
    9. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pahang. 2013. Program Bandar Selamat. Bahagian rancangan fizikal.
    10. Majlis Daerah Rompin. 2015. Peta kawasan Bandar Muadzam Shah. Cawangan Muadzam Shah, Pahang.
    11. Majlis Daerah Rompin. 2015. Rancangan Tempatan Daerah Rompin 2015-2015. Rompin, Pahang. Malaysia. 2009. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan; Bab 6: Mengurangkan Jenayah.
    12. Nor-Ina Kanyo, Norizan Hj. Md Nor. 2007. Jenayah dan pembandaran: Satu kajian di daerah Timur Laut Pulau Pinang. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Geografi 2007. Anjuran Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan kerjasama Persatuan Geografi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim, 10-11 September.
    13. Nor-Ina Kanyo, Norizan Hj. Md. Nor & Ruslan Rainis. 2013. Tinjauan dasar pengurangan jenayah di Malaysia. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Ekonomi ke VII. Anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Johor Bahru, 7-9 Jun.
    14. Ridzuan Subri. 2009. Kemiskinan. http://ridzuansubri.blogspot.com/2009/06/kemiskinan. html [27 Disember 2014]
    15. Wan Rozali Wan Husin. 2007. Kualiti hidup sosial dan proses pembandaran di Malaysia. Tesis Dr. Fal, Jabatan Geografi, Universiti Sains Malaysia.