Pengurusan kampung tradisional di Kampung Morten Melaka
List of Authors
  • Nor Amirah M. , Rosniza Aznie C. R.

Keyword
  • Pengurusan kampung, kampung morten

Abstract
  • Kajian mengenai pengurusan kampung tradisional yang dijalankan terhadap penduduk setempat melibatkan pemilik di setiap rumah kediaman yang terdapat di Kampung Morten, Melaka Bandaraya Bersejarah. Kaedah kajian ini menggunakan borang soal selidik dengan mengambilkira 89 orang responden yang mana kesemuanya diwakili oleh pemilik rumah kediaman yang terdapat di Kampung Morten dan terdiri daripada 80 orang pemilik rumah kediaman biasa dan sembilan orang lagi daripadanya merupakan pengusaha homestay. Hasil kajian mendapati bahawa min usia rumah kediaman responden berada dalam julat antara 50 hingga 59 tahun. Pengurusan rumah tradisional yang dijalankan di Kampung Morten mengambilkira penelitian dan perincian terhadap beberapa aspek utama iaitu dari segi ekonomi, sosial dan juga persekitaran. Penglibatan komuniti dalam pembangunan homestay yang berasaskan rumah tradisional adalah rendah iaitu 10.1 peratus. Hal sedemikian ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran responden terhadap pemeliharaan dan pengekalan warisan rumah tradisional ini sememangnya bukan didorong daripada pembangunan program homestay. Sebaliknya, tahap pengetahuan dan kesedaran ini wujud melalui pematuhan terhadap sistem pengurusan kampung tradisional yang kemudiannya telah menggalakkan penduduk tempatan untuk membina rumah berkonsepkan rumah tradisional bagi meninggikan martabat kampung tradisional yang kaya dengan adat resam dan budaya orang Melayu.

Reference
  • 1. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 2012. Kempen “1Malaysia Green Tourism, 1Malaysia Clean” Dilancarkan. Putrajaya. www.motac.gov.my [21 November 2013].
    2. Kementerian Pelancongan Malaysia. 2011. Are Our Tourists‟ Sports Clean?. www.1malaysiagreenandclean.com.my [27 September 2013].
    3. Azahan Awang, Abdul Hadi Harman Shah & Kadaruddin Aiyub. 2008. Penilaian Makna Kualiti Hidup dan Aplikasinya dalam Bidang Pengurusan Persekitaran di Malaysia. Bangi. Jurnal Akademika 72: 45-68. www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA72/akademika7 2[ 03].pdf [21 November 2013].
    4. Zalina Samadi, Shahril Anwar Mahmud & Mawar Masri. 2009. Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran. Perak. Jabatan Senibina, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara. Penerbit: Prosiding Seminar Kebangsaan Rupa Bandar Malaysia: Mengekal Warisan Membina Identiti (2007). Lumut,Perak: 384- 394. www.eprints.uitm.edu.my [2 November 2013].
    5. Tony Lendrum. 2003. The Strategic Parnering Handbook. (Di dalam tesis Juraimi Mohamad Latiff. 2006. Usaha Sama Pelancongan Desa: Penilaian Prinsip Faedah Bertanding Mapan di Homestay Tanjung Piai. Science of Tourism Planning). www.eprints.utm.my [10 November 2013].
    6. Draf Rancangan Kawasan Khas. 2013.
    7. Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Morten. 2013.
    8. Pelan Tindakan Pembangunan Kampung Gerakan Daya Wawasan (PTPK) Kampung Morten.
    9. Perbadanan Muzium Melaka. 2005. Inventori Kampung Warisan Melayu: Kajian Kes di Kampung Morten. Melaka.