Hubungan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dengan Kualiti Pengajaran Guru di SJKC Zon Ampang
List of Authors
  • Aida Hanim A Hamid, Tan Jian Hua

Keyword
  • Kepimpinan Instruksional; Guru Besar; Kualiti Pengajaran; SJKC; Amalan Pedagogi; Sekolah Vernakular

Abstract
  • Kajian ini meneliti hubungan antara kepimpinan instruksional Guru Besar dan kualiti pengajaran guru di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Zon Ampang. Berasaskan Model Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1985) serta kerangka Guru Berkualiti oleh Stronge (2018), kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana amalan kepimpinan instruksional mempengaruhi keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Reka bentuk tinjauan kuantitatif berbentuk korelasi digunakan melibatkan 138 orang guru yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Instrumen soal selidik diadaptasi daripada skala kepimpinan instruksional dan kualiti pengajaran yang mantap. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional berada pada tahap tinggi (min = 4.11, SP = 0.45) manakala kualiti pengajaran guru turut berada pada tahap tinggi (min = 4.08, SP = 0.44). Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif sederhana yang signifikan antara kedua-dua konstruk tersebut (r = 0.56, p < .001), menggambarkan bahawa Guru Besar yang aktif menetapkan hala tuju akademik, memantau instruksi dan mewujudkan iklim sekolah yang menyokong perkembangan profesional guru mampu meningkatkan amalan pengajaran. Dapatan ini mengukuhkan peranan kepimpinan instruksional sebagai pemangkin kepada peningkatan profesionalisme guru dan keberkesanan sekolah, dan seterusnya memberi implikasi penting terhadap latihan kepimpinan serta pembangunan dasar pendidikan.

Reference
  • No Data Recorded