Hubungan Di Antara Penglibatan Pelajar Dengan Prestasi Akademik Bagi Pelajar Kluster Hospitaliti Di Kolej Komuniti Sungai Petani
List of Authors
  • Muhd Aminuddin Azizan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Tujuan kajian ini adalah untuk menilai hubungan antara penglibatan pelajar dari aspek emosi, kognitif dan tingkahlaku dengan prestasi akademik terhadap pelajar kluster hospitaliti di Kolej Komuniti Sungai Petani. Data yang diperoleh dari 150 responden dijalankan melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistik Package for Social Science (SPSS) for windows versi 21.0. Analisis deskriptif dan korelasi pearson digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa penglibatan pelajar terhadap pencapaian akademik berada pada tahap tinggi dan sederhana. Manakala analisis korelasi menunjukkan adanya hubungan yang signifikan antara penglibatan emosi dan penglibatan kognitif. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aspek penglibatan emosi dan penglibatan kognitif memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar khususnya di Kolej Komuniti Sungai Petani..

     


Reference
  • No Data Recorded