Pendekatan teori kelakuan pengundi dan pilihan politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Bachok, Kelantan
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar

Keyword
  • Tingkahlaku pengundian, pengundi, calon, parti politik, teori pilihan rasional

Abstract
  • Golongan pengundi merupakan salah satu komponen yang penting dalam pilihan raya. Memahami tingkah laku dan corak pengundian oleh pengundi akan membantu pihak-pihak yang bertanding dan memenangi sesuatu pilihan raya. Pelbagai faktor yang dikaitkan bagaimana corak pengundian ini berlaku seperti faktor geografi, sosiologi, psikologi, etnik, kelas dan sebagainya. Secara umum, terdapat tiga pendekatan model/teori kelakuan pengundi yang telah dilakukan pengkaji-pengkaji di Barat iaitu model sosiologikal, teori identifikasi parti dan teori pilihan rasional. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pendekatan kelakuan pengundi terhadap pilihan parti politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (N22) Jelawat, Bachok, Kelantan. Beberapa kaedah kajian telah digunakan iaitu penyelidikan kepustakaan dan soal selidik terhadap 200 orang responden di tiga kawasan daerah mengundi terpilih berdasarkan lokasi geografi perbandaran iaitu bandar, separa bandar dan juga luar bandar dalam N22 Jelawat. Hasil kajian mendapati pendekatan teori kelakuan pengundi yang paling diutamakan di N22 Jelawat adalah teori pilihan rasional iaitu pengundi akan memberi undi kepada parti atau calon yang paling berkemungkinan dapat memuaskan tuntutan mereka dengan berpandukan maklumatmaklumat dan pengetahuan terhadap sesuatu pilihan itu. Majoriti responden menyokong BN pada PRU-13 dan akan terus menyokong BN pada PRU-14 akan datang. Responden juga menyatakan peluang BN untuk menawan Kelantan pada PRU akan datang adalah tipis sebaliknya majoriti menyatakan tidak pasti. Justeru, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum atau panduan kepada semua pihak sama ada pihak parti politik mahupun kerajaan untuk meneliti isu dan permasalahan yang berlaku di kawasan kajian agar pihak yang terlibat lebih peka dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat sebaiknya.

Reference
  • 1. Campbel,A., Converse, P.E., Miller,W.E.dan Stokes, D.E. (1960) The American voter. John Wiley, New York. Downs, A. (1957) An Economic Theory of Democracy. Harper and Row, New York.
    2. Fiorina, M.P. (1981) Retrospective Voting in American National Elections. Yale University Press, New Heaven.
    3. Ghazali Mayudin (1999) Pengundian dan identifikasi parti. Dlm. Ghazali Mayudin. Teori sains politik pilihan: Aplikasinya dalam konteks Malaysia. Jabatan Sains Politik, UKM, Bangi.
    4. Ghazali Mayudin (2006) Demokrasi dan Pilihan Raya Dalam Malaysia. Dlm. Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline (Pnyt). Prosiding Seminar Politik Malaysia: Isu dan Tingkah Laku Pengundi Semasa Kempen Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh: Satu Kajian Kes. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
    5. Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali dan Mohd Fuad Mat Jali (2014) Analisis Pilihan Raya Kecil (PRK) 2013-2014 di Malaysia Dengan Menggunakan Pendekatan Teori Pilihan Rasional, Teori Identifikasi Parti Dan Model Sosiologi. Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia Ke-8 (PAHMI8) (The 8th International Conference On Malaysia-Indonesia Relations). Anjuran: Fakultas Hukum, Universitas Lancang Kuning (UNILAK), Pekanbaru, Riau, Indonesia. 23-25 September.
    6. Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain, Samsu Adabi Mamat, Amer Saifude Ghazali, Rosmadi Fauzi, Ahmad Rizal Mohd Yusof dan Siti Norafizahhafizah Boyman (2015) Pengaruh Teori Kelakuan Pengundian Dalam Politik Pilihan Raya: Kajian Perbandingan Antara Malaysia Dengan Indonesia. Persidangan Antarabangsa Hubungan MalaysiaIndonesia Ke-9 (PAHMI9) (The 9th International Conference On Malaysia-Indonesia Relations). Anjuran: Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Yogyakarta, Indonesia. 15- 17 September.
    7. Lazarsfield, P.F., Barelson, B.R. & Goudet, H. (1968) The people choice. Duel, Sloan and Pierce, New York.
    8. Lipset (1960) Political man, the social bases of politics. Doubleday, New York.
    9. Mohd Azri Ibrahim (2013) Pilihan Raya dan Tingkah Laku Pengundi: Kajian Kes Terhadap Wilayah Persekutuan Labuan. Tesis PhD. Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
    10. Mohd Azri Ibrahim & Sity Daud (2012) Tingkah Laku Pengundi: Kajian Kes di Labuan. Prosiding The 8th International Malaysian Studies Conference (MSC8). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Anjuran Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Institut Kajian Oksidental dan Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. 9- 11 Julai.
    11. Mohd Azri Ibrahim & Sity Daud. 2015. PRU 13: Dominasi BN di Putrajaya dan Labuan. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud. Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok.
    12. Mohd Jalaluddin Hashim, Mohd Fuad Mat Jali dan Junaidi Awang Besar (2013) Model Tingkah Laku Pengundian Dalam Kajian Pilihan Raya di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar (PKGAS) Kali Ke 4. Dewan Persidangan E-Learning Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 5 - 6 Mac.
    13. SPR (2008) Laporan Pilihan Raya Umum ke-12 2008. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Putrajaya.
    14. SPR (2013) Dashboard PRU 2013. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Putrajaya.
    15. Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon, Ahmad Afif Zulkipli