Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan sumber dalam mata pelajaran sejarah terhadap murid tahun 5
List of Authors
  • Anuar Ahmad , Thilagah Rajinderan

Keyword
  • Kaedah pembelajaran sejarah, sumber, jantina

Abstract
  • Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan sumber dalam mata pelajaran sejarah terhadap murid tahun 5 di sebuah sekolah daerah Hulu Langat. Objektif kajian pula mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan sumber dalam mata pelajaran sejarah terhadap murid tahun 5 dan mengenal pasti perbezaan terhadap tahap keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan sumber berdasarkan jantina dalam mata pelajaran sejarah terhadap murid tahun 5. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan ujian pra dan ujian pos sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid sekolah rendah. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada 30 orang murid kumpulan kawalan dan 30 orang murid kumpulan rawatan. Dapatan kajian bagi Ujian pra dan pos juga dianalisis menggunakan Ujian-t untuk menilai sama ada terdapat perbezaan bagi min skor ujian pra dan pos antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Justeru, hasil dapatan kajian ini membuktikan penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan sumber dapat membawa perubahan yang ketara dalam membantu murid memahami mata pelajaran sejarah. Guru-guru hanya perlu meneroka pelbagai bahan dan kaedah supaya kaedah pembelajaran moden dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Selain itu, melalui kajian ini didapati bahawa jantina seseorang murid tidak memberi sebarang kesan terdapat tahap kefahaman murid.

Reference
  • 1. Carian Umum. (n.d.). Retrieved July 1, 2022, from https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sumber+sejarah&d=102572&#LIHATSINI Home : Oxford English Dictionary. (n.d.). Retrieved July 1, 2022, from https://www.oed.com/

    2. Jaafar, S. A., & Mohd Noor, A. (2016). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia, 1957 - 1989. Sejarah, 25(2), 40–57. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol25no2.3

    3. Kaviza, M. (2018). Pengalaman Mengajar Atau Latihan Profesional Guru Dalam Mempengaruhi Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Mata Pelajaran Sejarah Di Sekolah Menengah. EDUCATUM Journal of Social Sciences (EJOSS), 4(1), 40–47.

    4. Kaviza, M. (2019). Hubungan antara Amalan dan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 29–36.

    5. Kaviza, M. (2020a). Abstrak Resources-based Learning in History Subject Abstract Pengenalan. 5(5), 149–156.

    6. Kaviza, M. (2020b). Persepsi Guru terhadap Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Sumber Abstrak Teachers ’ Perception of the Inculcating of Historical Thinking Skills in Source-based Teaching and Learning Abstract Pengenalan Objek. 5(12), 413–422.

    7. Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran Konvensional | PDF. (n.d.). Retrieved July 1, 2022, from https://www.scribd.com/document/363140841/Kelebihan-Dan-Kekurangan-Pembelajaran-Konvensional

    8. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Tahun enam.

    9. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

    10. M., K., Abdul Rahim, F., & Bukhari, N. (2019). Aplikasi Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Mata Pelajaran Sejarah dan Hubungannya dengan Motivasi Intrinsik: Satu Kajian Korelasi. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 33, 95–108. https://doi.org/10.21315/apjee2018.33.7

    11. M.Kaviza. (2019). Kesan kaedah pembelajaran berasaskan sumber sejarah terhadap identiti mata pelajaran Sejarah TT - The effect of historical resources based learning method on identity of History subject. 3, 9–19. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/94801/Kesan_kaedah_pembelajaran.pdf%0Ahttp://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=147127

    12. M.Kaviza. (2020). Persepsi Penerimaan Murid Terhadap Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Dokumen Abstrak Student ’ s Acceptance Perception Towards Document Based Learning Activity Abstract Pengenalan Objektif Kajian Soalan Kajian. 5(3), 79–86.

    13. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. http://www.booksonline.my/fb.jsp?type=BOOK

    14. Noraini idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (2nd ed.). McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn.Bhd.

    15. R Suntharalingam. (1985). Pengenalan kepada sejarah.

    16. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025. Education, 27(1), 1–268. http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0742051X10001435