Hubungkait peranan pihak kerajaan dan pihak masyarakat : pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi, Kedah
List of Authors
  • Choy, Er Ah , Nur Idientee Abd Halim

Keyword
  • Ekopelancongan, kerajaan, masyarakat, pembangunan, peranan, Pulau Langkawi

Abstract
  • Kajian ini dilaksanakan bagi menganalis hubungkait hubungan antara pihak kerajaan dan pihak masyarakat dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi dan juga bagi menjawab persoalan kajian ini. Pulau Langkawi merupakan destinasi ekopelancongan yang mendapat perhatian pelancong dari dalam dan juga luar negara. Satu set kaji selidik telah diedarkan kepada 400 responden iaitu penduduk setempat yang bekerja sekitar Pekan Kuah dan Pantai Chenang di Pulau Langkawi pada bulan Oktober 2013 dan hasil set soalan kaji selidik yang telah dijawab oleh para responden akan dianalisis dengan mengunakan SEM Amos bagi melihat adakah wujud hubungkait antara peranan pihak kerajaan dan juga pihak masyarakat. Analisis ini adalah menerusi perisian SEM Amos 19. Pelbagai soalan yang terdapat dalam set soalan kaji selidik itu dan antara soalan yang ditanya adalah maklumat peribadi penduduk setempat dan juga berkaitan dengan peranan pihak kerajaan dan masyarakat dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi.

Reference