Abstrak: Ungkapan algebra ialah kesinambungan daripada bidang pembelajaran perkaitan dan algebra yang dipelajari di sekolah rendah dan penting untuk pembelajaran matematik sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, murid-murid menghadapi kesukaran dalam pembelajaran algebra dan ungkapan algebra dikenalpasti merupakan topik yang sering dianggap susah dan membebani murid. Kajian ini dijalankan untuk meneroka kefahaman murid dalam ungkapan algebra, jenis kesilapan dan masalah yang murid hadapi dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan ungkapan algebra. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual berasaskan tugasan dan melibatkan enam orang murid tingkatan empat di daerah Tumpat. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta mempunyai kefahaman yang berbeza terhadap ungkapan algebra, iaitu nombor dan huruf, nombor dan pemboleh ubah, nombor dan nilai, pemalar dan benda serta mencari nilai x. Jenis kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan algera ialah kesilapan kemahiran memproses (37%), diikuti dengan kesilapan pengekodan (19%), kesilapan pembacaan (17%), kesilapan pemahaman (15%) dan kesilapan transformasi (12%). Dapatan kajian juga menunjukkan masalah – masalah yang murid hadapi dalam menyelesaikan masalah matematik, termasuklah impak bebanan guru terhadap pembelajaran, kesan penularan wabak covid – 19 terhadap pembelajaran murid dan bilangan murid yang ramai dalam sebuah kelas. Maka, Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah menambah staff sokongan untuk meringankan bebanan guru dan menitikberatkan nisbah guru dan murid dalam sesebuah kelas supaya bilangan murid dalam sesebuah kelas tidak terlalu ramai.
Kata Kunci: Uungkapan algebra, kefahaman, jenis kesilapan, masalah murid, pembelajaran matematik
Abstract: Algebraic expression is a continuation of the Relation and algebra studied in elementary school and it is very crucial for learning mathematics to a higher level. However, students have difficulties in learning algebra and found that this topic is hard and overwhelmed. This study was conducted to explore students' understanding of algebraic expressions, the types of errors and problems faced by students in solving mathematical problems involving algebraic expressions. This study is a case study that used a task-based interview method and involved six form four students in Tumpat. The study revealed that the participants have different understandings in algebraic expressions, namely numbers and letters, numbers and variables, numbers and values, constants and things and the value of x. The result showed the highest errors made by students in solving problems involving algebraic expressions is processing skill errors (37%), followed by coding errors (19%), reading errors (17%), comprehension errors (15%) and transformation errors (12 %). The findings of the study also found that the problems of the students face in solving math problems, including the impacts of teacher’s burden in teaching, the impact of the covid-19 outbreak on student learning and the large number of students in one class. Therefore, Ministry of Education has to increase the number of staff to reduce the teachers’ burden dan emphasize the ratio of teacher and student per class to control the number of students in one class.
Keywords: Algebraic expression, understanding, types of errors, problems, mathematics learning