Pendekatan Teknologi Persuasif Memicu Peningkatan Motivasi Pelajar Menangani Permasalahan ‘Mati Akal’ Dalam Penyelesaian Tugasan Makmal Pengaturcaraan Berorientasi Objek
List of Authors
  • Elly Johana Johan, Syahanim Mohd Salleh, Zalilah Abd Aziz

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Abstrak: Satu kaedah untuk menilai, kefahaman pelajar dalam pembelajaran pengaturcaraan berorientasi objek (OOP) adalah melalui tugasan pengaturcaraan yang biasanya dijalankan semasa sesi makmal. Walaupun banyak contoh dan latihan dibincangkan semasa kuliah, pelajar masih mempunyai masalah untuk menulis kod atur cara secara individu. Secara tradisional, tugasan makmal OOP yang diberikan kepada pelajar adalah dalam bentuk huraian berasaskan masalah. Masalah biasanya dihuraikan seperti dalam buku teks tanpa sebarang bimbingan untuk membantu pelajar menyelesaikannya. Kajian kesusasteraan mendapati pelajar yang disuruh menulis atur cara lengkap berada dalam keadaan dibelenggu tekanan, tidak pasti bagaimana untuk bermula, dan terkapai-kapai tanpa tujuan. Justeru penyelidikan ini mengetengahkan konsep baharu dalam penyediaan tugasan makmal OOP. Penyelidikan ini mempunyai objektif utama untuk mereka bentuk tugasan makmal bagi kursus pengaturcaraan berorientasi objek menggunakan teknologi persuasif. Setiap komponen tugasan pengaturcaraan makmal OOP dipetakan kepada sepuluh prinsip teknologi persuasif. Ia melibatkan lima prinsip dari kategori Sokongan Tugasan Utama iaitu kesepadanan, keringkasan, kekhususan, pemantauan diri dan simulasi. Tiga prinsip dari kategori Sokongan Dialog iaitu kesukaan, cadangan dan persamaan manakala dua prinsip lagi adalah kepakaran dan kerjasama masing-masing dari kategori Sokongan Kredibiliti Sistem dan Sokongan Sosial. Secara purata, 80% pelajar bersetuju bahawa setiap komponen tugasan makmal tersebut memberi impak positif kepada mereka mengikut prinsip persuasif yang diadaptasi. Hasil kajian menunjukkan tugasan makmal OOP persuasif yang dihasilkan berjaya mengubah sikap pelajar menjadi lebih positif, bermotivasi dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

    Abstract: One method for assessing students' understanding of object-oriented programming (OOP) learning is through programming tasks typically performed during laboratory sessions. Although many examples and exercises were discussed during lecture, students still have trouble writing individual programs. Traditionally, OOP laboratory tasks given to students are in the form of problem-based descriptions. Problems are usually described as in the textbooks without any guidance to help students solve them. Literature studies have found that students who are asked to write complete programs are in a stressful situation, unsure of how to get started, and are lost. Thus, this research introduces new concepts in preparing OOP laboratory tasks. This research has the main objective of developing laboratory tasks for object oriented programming courses using persuasive technology. Each component of the OOP laboratory tasks is mapped into ten principles of persuasive technology.It incorporates five principles from the Primary Tasks Support category namely tailoring, simplified, tunnelling, self-monitoring and simulation. The three principles of the Dialogue Support category are liking, suggestion and similarity while the other two are the expertise and cooperation of each category in the System Credibility Support and Social Support. On average, 80% of students agree that each component of the  OOP laboratory tasks has a positive impact based on adapted persuasive principles. The results show that the persuasive OOP laboratory tasks successfully change students' attitudes to be more positive, motivated and responsible in completing the assigned tasks.


Reference
  • No Data Recorded