Khurafat dan Sinkretisme dalam Amalan Ritual Suku Bugis di Tawau, Sabah
List of Authors
Alwi Hasaat, Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Keyword
Suku Bugis, Khurafat, Sinkretisme, Amalan Ritual, Kesedaran Akidah
Abstract
Masyarakat suku Bugis di Tawau, Sabah merupakan kelompok etnik yang teguh mempertahankan adat resam warisan nenek moyang sebagai simbol identiti budaya. Namun, kelangsungan amalan tersebut menimbulkan dilema apabila unsur ritual didapati bercanggah dengan prinsip akidah Islam dan membawa kepada khurafat serta sinkretisme dalam kalangan masyarakat Muslim moden. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur khurafat dan sinkretisme dalam amalan ritual suku Bugis di Tawau merangkumi aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian, serta menilai perbezaan penerimaan amalan tersebut berdasarkan faktor demografi. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran, dengan data dikumpul melalui soal selidik yang melibatkan 300 orang responden dan temu bual mendalam bersama tokoh adat serta agamawan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun tahap kesedaran agama meningkat dalam kalangan generasi muda, amalan seperti Mappasilli dan penggunaan azimat masih bertahan atas faktor penghormatan terhadap tradisi dan tekanan sosial komuniti. Kajian turut mendapati perbezaan signifikan dalam penerimaan amalan ritual berdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar) dan tahap pendidikan. Kajian merumuskan bahawa pemurnian adat melalui kerangka Urf mengikut perspektif Islam diperlukan bagi memastikan warisan budaya Bugis dapat dilestarikan tanpa menjejaskan kesucian tauhid. Justeru, kolaborasi antara penguasa agama dan ketua adat dalam merangka panduan ritual komuniti yang patuh syariah amat diperlukan.