Penerapan kemahiran pemikiran sejarah (KPS) guru mata pelajaran sejarah sekolah rendah sewaktu pelaksanaan PdPR di Wilayah Persekutuan Labuan
List of Authors
Anuar Ahmad , Mohd Asyraf Abd Hamid
Keyword
Tahap penerapan, Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), guru Sejarah sekolah rendah, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) guru mata pelajaran Sejarah sekolah rendah sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap penerapan KPS guru berdasarkan kepada demografi responden iaitu jantina dan pengalaman mengajar Responden kajian terdiri daripada 40 orang guru sejarah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan yang mengajar mata pelajaran ini sewaktu PdPR. Reka Bentuk Kajian menggunakan instrumen soal selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu demografi responden dan komponen dalam KPS. Analisis data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 iaitu dengan mencari min dan menggunakan ujian – t dan ujian ANOVA Satu Hala.
Reference
1. Abdul Razaq Ahmad. 2010. The Acquisition of Conceptual Understanding of Historical Thinking in the Context of multi-ethnic students in Malaysia. Historia: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah, 10(2), 108-119.
2. Ahmad Rafaai bin Ayudin. 2011. Keberkesanan Pengajaran Sejarah Berasaskan Pencapaian Matlamat Pembelajaran, Kesediaan Belajar, Kefahaman Konsep dan Pemikiran Sejarah. Tesis Dr. Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
4. Baharuddin Jabar. 2006.Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Guru- Guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak. Penyelidikan Terpilih UPSI. Penerbit UPSI: Tanjung Malim
5. Kaviza, M. 2018. Hubungan antara Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap dalam Penggunaan sumber-sumber sejarah terhadap Pencapaian Mata pelajaran Sejarah. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan, IPG Darulaman, Jitra Kedah.
6. Khairunnajwa binti Samsudin, Mohd Mahzan bin Awang & Anuar bin Ahmad. 2015. Kemahiran Pemikiran Sejarah dan Amalan Pedagogi dalam Kalangan Guru Sejarah Berdasarkan Bidang Pengkhususan dan Pengalaman Mengajar.Universiti Kebangsaan Malaysia
7. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (2nd ed.). Kementerian Pendidikan Malaysia.
8. Marzona, R. J., Brandt et al. 1988. Dimension of Thinking: A Framework for Curriculum and Instruction. Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development.
9. Mohd Johdi Salleh. 2003. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah: Perspektif Pelajar-pelajar. Kertas Kerja Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insan: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
10. Muhamad Yazid Khalil. (2018). Tahap Pengetahuan Guru Sejarah Sekolah Rendah Dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah. Prosiding National Innovation and Invention Competition through Exhibition, 1-12
11. Noria Munirah Yakub & Anuar bin Ahmad. 2014. Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam Kalangan Bakal Guru di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tesis Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia
12. Seixas, P. (1993). Historical Understanding Among Adolescents in a Multicultural Setting. Curriulum Inquiry
13. VanSledright, B. A (N.D). On The Importance of Historical Positionality to Thinking About and Teaching History. The Journal of Social Education, Special Issue on Historical Thinking.
14. Wan Mohd Zaid Mohd Nordin. 1991. Falsafah Pendidikan Sejarah: Pendidikan Sejarah di Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR/KBSM): Objektif dan Pencapaian. Kuala Lumpur
15. Wineburg, S. 1991. Historical problem solving: A study of the cognitive processes used in the evaluation of documentary and pictorial evidence. Journal of Educational Psychology 83: 73-87.
16. Wineburg, S. 2010. Historical thinking and other unnatural acts. Kappan Classic 92(4): 81-94.
17. Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail. 2007. Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-Guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. Jurnal Pendidikan 32. 119-137.