Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Inkuiri Alberta Terhadap Pencapaian Sejarah Tahun 6
List of Authors
Anuar Ahmad, Nur Arina Mohamad
Keyword
Inkuiri Alberta; Kemahiran Berfikir Kritis; Pembelajaran Abad Ke-21
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pendekatan Pembelajaran Inkuiri Alberta terhadap pencapaian Sejarah Tahun 6. Permasalahan kajian timbul akibat pendekatan tradisional yang berpusatkan guru dan berorientasikan penghafalan. Perkara ini menyebabkan murid kurang berminat dan sukar memahami konsep sejarah secara mendalam. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan dua kumpulan. Kumpulan rawatan diajar menggunakan kaedah pengajaran berasaskan pemikiran inkuiri manakala kumpulan kawalan menerima pengajaran secara tradisional. Data diperoleh melalui ujian pra dan pasca bagi menilai perubahan pencapaian murid. Seterusnya, analisis kuantitatif dijalankan untuk membandingkan keberkesanan kedua-dua pendekatan. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan pendekatan pemikiran inkuiri mampu meningkatkan pencapaian akademik, pemahaman konsep sejarah, kemahiran berfikir kritis serta keupayaan menganalisis maklumat sejarah dengan lebih berkesan. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan pedagogi Sejarah yang lebih interaktif dan berpusatkan murid. Implikasinya, pendekatan pemikiran inkuiri wajar dipertimbangkan dalam dasar pendidikan. Pendekatan ini dapat memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran.