Persepsi Petani Koko terhadap peranan pegawai pertanian dalam inovasi pertanian di Sabah
List of Authors
  • Al-Amril Othman , Noviatin Syarifuddin

Keyword
  • Petani, pegawai pertanian, kuantitatif, banci, Sabah

Abstract
  • Kelestarian pertanian merupakan strategi Lembaga Koko Malaysia (LKM) bagi membantu petani koko ke arah membasmi kemiskinan melalui peningkatan produktiviti komoditi. Strategi ini signifikan kepada petani berusia yang berhadapan dengan isu penurunan kualiti dan kuantiti biji koko. Kelestarian pertanian petani koko memerlukan penglibatan agensi pertanian melalui peranan pegawai pertanian untuk membawa inovasi pertanian. Sehubungan itu, kajian bertujuan untuk mengenal pasti persepsi petani terhadap peranan pegawai pertanian dalam membawa inovasi pertanian di Sabah. Kajian kuantitatif dengan pendekatan penyelidikan tinjauan dilaksanakan ke atas 195 orang petani. Borang soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data. Taburan responden yang dibanci merangkumi daerah Pulau Sebatik, Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kinabatangan. Landasan teori adalah berdasarkan Teori Peranan Ejen Perubahan yang diolah dalam konteks peranan pegawai pertanian untuk menginovasi pertanian. Hasil kajian tentang tahap peranan ejen perubahan menurut persepsi petani adalah tinggi dan didominasi oleh peranan sebagai pemangkin perubahan. Diikuti, dengan peranan pegawai pertanian sebagai penyelesai masalah, pembantu proses dan penghubung sumber. Penemuan kajian memberi implikasi kepada pengkayaan ilmu melalui tumpuan isu pembangunan pertanian luar bandar. Dapatan kajian memberi kefahaman baharu kepada teori yang menjelaskan keperluan peranan pegawai pertanian sebagai perantara LKM untuk menginovasi pertanian. Ini bertepatan dengan usaha LKM bagi melestari industri koko negara.

Reference
  • 1. Awoyemi A. O & Aderinoye-Abdulwahab S. A. (2019). Assessment of the use of cocoa production management practices among cocoa farmers in Ekiti State, Nigeria. Journal Of Tropical Agriculture, Food, Environment and Extension, 8(2), 37-41. https:// 10.4314/as.v18i2.7.
    2. Awudzi, G. K., Asamoah, M., Owusu-Ansah, F., Hadley, P., Hatcher, P. E., & Daymond, A. J. (2016). Knowledge and perception of Ghanaian cocoa farmers on mirid control and their willingness to use forecasting systems. International Journal of Tropical Insect Science, 36(1), 22-31. https://10.1017/S1742758415000247.
    3. Havelock, R. G. (1973). The change agents guide to innovation in education. Educational Technology Publications..
    4. Havelock, R.G. & Havelock, M.C. (1973). Training for change agents: A guide to the design of training programs in education & other fields. University Of Michigan Press.
    5. Miyittah, M. K., Kosivi, R. K., Tulashie, S. K., Addi, M. N., & Tawiah, J. Y. (2022). The need for alternative pest management methods to mitigate risks among cocoa farmers in the Volta region, Ghana. Heliyon, 8(12), https://10.1016/j.heliyon.2022.e12591.
    6. Oke, O. S., Nosiru, M. O., Ogunbela, A. A., Marizu, J. T., Lawah, M. O., Jatto, K. A., ... & Agbeyomi, O. S. (2020). Assessment of extension officers’ contribution to cocoa production in Nigeria. Journal of Applied Sciences And Environmental Management, 24(7), 1123-1128. https://10.4314/jasem.v24i7.1.
    7. Olagunju, O., Hassan, S., Samad, M. Y. A., & Kasin, R. (2019). Transfer of technology skills, human resource development skills and extension agents’ work performance: The perceptions of cocoa growers in Malaysia. International Journal of Scientific and Technology Research, 8(9), 299-307.
    8. Shah, J. A., Haris, N. B. M., & Abd Rahman, M. F. H. (2021). Influence of human resource development skills towards work performance of agriculture extension agents. Advances in Agricultural and Food Research Journal, 2(1), 1-17. https://10.36877/aafrj.a0000116
    9. Tiraieyari, N., Hamzah, A., & Samah, B. A. (2014). Extension agents and sustainable cocoa farming: A case study of extension agents in Sabah state, Malaysia. Modern Applied Science, 8(6), 210–218. https://10.5539/mas.v8n6p210.